Thursday, July 30, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum dan selamat perpaduan! Dekat entry ni nak cita tentang"Virus Influenza A H1N1" yang sedang aktif menyerang Penduduk di merata dunia! Banyak negara sudah diserang dan Malaysia salah satu darinya!! Sudah ramai yang terlibat dan setakat ini malaysia mencatatkan 3 kes maut!! Virus ni merebak melalui jangkitan!! Selalunya, yang akan ditumpu ialah orang yang balik dari overseas!! Inilah yang sebabkan makin banyak kes ini di Malaysia!!

Kes yang terbaru, virus ini telah menyerang beberapa IPTA, Sekolah2 dan Pusat Latihan Khidmat Negara!! Ya Allah, takutnya!! Sekarang virus ini sudah sampai ke Kedah!! Arghh, takutnya.. Baru2 ni MRSM Merbok ditutup kerana telah diserang dan disahkan Positif Virus ini.. Ya ALLAH, merbok ngan Alor Setar x jauh pun..

Kepada korang sume, sekarang ini musim hujan, so korang jangan amik ringan dengan demam!! Sebab demam la salah satu virus ni merebak!! Dan ada kes terbaru, anak dalam kandungan disahkan Positif Virus ini.. Kenapa ini terjadi? Sumenyer ada kaitan dengan kesihatan Ibu yang mengandung!! Sekarang, virus itu sedang menular, jgn amik ringan.. Ia boleh membawa maut!!

So, klau korang ada tanda2 Virus ini, pergi segera dapatkan rawatan dari Pusat Kesihatan.. Kita kenalah cuba melawan virus ini.. Moga2 ia akan kembali pulih ke asalnya semula..

"Mengelak lebih baik daripada Mengubati"

So, Sekian utk entry ini.. Dekatkan diri dengan Allah.. Insya-Allah
Assalamualaikum

Di Post Oleh:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum kepada sume yang sudi membaca entry ini! Ok, kat entry ni just nak wish Hapy Bezday buat akakku Hanis @ Kak Nis, dan Happy Anniversary buat Umi dan Abah!! Hoho.. Sorie kaknis, x wish.. Maklumlah dok hostel..hoho, xpelah, klau terbaca dalam ni anggaplah man dah wish!!

http://shoutpix.com/graphics/birthday/birthday-wishes.gif


Hoho.. Amik Mu.. Dah la, mintak maap yer x leh nak bagi Hadiah.. Sowie sgt2.. Maklumlah xde duit, duit ada dalam bank, then g beli sendiri,...kakakaka

Hoho!! Ni la "Kak Nis".. Akakku.. Umo yer 18 Tahun skrg ni!! Sekarang belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (Bertam).. Dilahirkan pada 29.07.1991.. Ermm, nak tau apa ag eh? X yah la tahu, x penting pun...kakaka, jahatnya aku..hoho

"Happy Anniversary"

"Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Umi dan Abah yang ke-22!!"
Hoho, Umi dan Abah, man amik kesempatan disini utk ucapkan Happy Anniversary!! Moga2 ikatan perkahwinan Umi dan Abah akan berkekalan di dunia dan akhirat.. AMIN!!
Tarikhnya iaitu hari ini 30.07..


Inilah UMI dan ABAH saya.. Hoho, tengok masih dok atas perlamin lagi..hehe, jgn maen2!! Walaupun dah lama kawen, tp saat ni yg paling seronok!!.. Hoho..

K, sekian utk entry ini.. Mintak maap yer lambat wish..hoho..
Assalamualaikum

Di Post Oleh:



Friday, July 24, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum kepada sume yang sudi membaca entry ini, in this entry saya cuma nak cite mengenai tajuk "Cermin Muka Dulu".. Hoho.. Ok ni die yang saya nak cite.. Sebelum ni korang ada terpikir x camne muka2 korang sume? Haha.. Korang nak tgk muka2 korang yang nsem x cantek tu x?Jom kita tgk..hahaha.. Jgn marah ek..



(Sebenarnya ini hanya gurauan ja.. Ini Notepad, korang leh tulis diatas gambar tu..)

Haha!! Adakah tu muka korang sume? Kakaka...Tidak kan.. So, bersyukur la dengan wajah kita yang Allah S.W.T. berikan kepada kita sume.. Sesungguhnya wajah setiap hambanya ada kelebihan tersendiri!! Jgn la kita berasa iri hati dengan wajah orang laen!!

Hoho!! Jgn marah ek kata2 saya td!! Ada udang di sebalik batu sebenarnya.. Renung2 kan dan selamat Berfikir..kakakaka

Ok sume, sekian utk entry ini.. Assalamualaikum

Di Post Oleh:
Thursday, July 23, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Asalamualaikum.. Just nak inform tentang satu benda jer.. Hoho, Blog ni dah mencapai 52 Followers.. Thanks sangat2 saya nak ucapkan kepada sume yang telah support blog ni, kepada pengikut sacara Private, saya nak ucapkan terima kasih jgak!! Jasa anda amat saya hargai



Tengok tu.. Dah ada 52 orang yang Followers!! hoho, cam x caye jer.. Rasa jelez gak la tgk blog orang len dah 100 lebih dah tp blog saya aru 50, hehe, padan la ngan saya, sbb aru wat aje.. Xpe, nnti saya usaha ag yer.. Dan kepada sume jgak, Follow la blog saya yer.. Saya amat menghargai kedatangan anda ke Blog Saya..

Hari tu ada sorang ni tanya saya "Cara nak Ramaikan Followers", so saya gtau yer, First, kita kena sentiasa buat "BlogWalking", maksudnya pegi ziarah blog2 Blogger yang laen kemudian tinggalkan pesanan seperti "Salam Ziarah" dan Follow lah blog dia, insya-Allah dia akan buat begitu jgak kat blog kita!! So tggu ape lagi? Try la dulu yer.. Good Luck!!

So, sekian utk entry ini, Assalamualaikum

Di Post Oleh:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum kepada sume yang sudi membaca entry ini.. Ok di entry ni just nak cite tentang Fenomena Gerhana Matahari yang telah berlaku pada hari Rabu yang lepas.. Hehe, korang nampak x? Mgkin yang akan nampak ialah sape yang dok kat perlis Kangar!! Klau dok kat sebelah pantai timur tu agak susah kot nak tgk sebab belah sana ujan..

Ini la gambaran Fenomena Gerhana Matahari.. Subahanallah!! Ini mmg satu kebesaran Allah

Dekat kedah maybe nampak skit2 jer, tp kat kolah saya x nampak, sbb keadaan x wape elok skit, ermm, x berpeluang la nak tgk!! Untuk pengetahuan sume, ini Gerhana Matahari Separa, sebab tu susah skit nak nampak.. Klau mata kasar, maybe xleh.. Yer kena guna teleskop.. Kajian pihak NASA mengatakan gerhana ini berlaku selama 1 jam di MAS.. Tp x tau la btul atau tidak, saya pun baca surat kabar gtu2 jer... Maklumlah, dok asrama hanya berpandukan surat khabar jer, CC kat kolah tu full sedia..

Rangkaian proses terjadinya gerhana matahari. Kota yang dilewati menjadi gelap kerana sinar matahari tertutup bulan secara total selama kurang lebih 6 minit.

So kepada sume yang ingin menyaksikan Gerhana Matahari ini, ia akan berlaku lagi pada tahu 2011,2016 dan ade lagi.. Lupe dah.. Utk keterangan lanjut sila check semula surat khabar ari Rabu yang lepas, dan bacalah keterangan tentangnya...

Ni ada artikel skit!! Baca la



MEDAN, KOMPAS — Balai Besar Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Wilayah I Medan menyatakan, pada Rabu, 22 Juli 2009, akan terjadi gerhana matahari total.

Gerhana matahari total itu secara maksimal akan terlihat di Kota Shanghai, China, selama enam menit. Peredaran gerhana matahari dari barat hingga timur wilayah China kemudian akan menghilang di Samudra Pasifik, selama lima jam.

Analisis cuaca BBMKG Wilayah I Kota Medan Agus Safril seperti tertulis dalam kesimpulan posko cuaca, iklim, dan gempa bumi BBMKG Wilayah I Medan, di Indonesia gerhana matahari tidak bisa dinimati secara penuh. Indonesia hanya akan bisa menikmati gerhana sebagian di wilayah Indonesia bagian utara. Namun, BBMKG belum menyatakan pukul berapa gerhana akan terjadi.



So, jgn lupa.. Solat Sunat Gerhana!! Buat la kepada yang telah melihat.. So, sekian utk entry kali ini, K, sowie la lambat posting tajuk ni.. hoho.. k, Assalamualaikum


Di Post Oleh:




Monday, July 20, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum kepada sume yang sudi membaca blog saya!! Dekat entry ni saya nak cite tentang pengalaman yang saya x dapat lupakan semalam iaitulah hari Isnin dan nak lebih tepat Hari Peristiwa Israk dan Mikraj!! Itu yang lebih tepat!! Hehe, dekat entry ni saya just nak tulis aje.. Ok camni kisahnya, semalam saya ngan abgku Hamizi keluar ke Pejabatnya sebab ada hal tertentu, kami kuar kol 1.30 Pagi kot kalau x silap.. Selepas selesai urusan di Pejabat, kami g makan2 kat restoran Nasmir, saja makan kat situ, lapo sgt semalam.. Saya terkejut gile, bila tgk restoran tu penuh dengan warga muda!! Mula2 cadang tu xmau makan la kat situ, tp perut sudah bernyanyi, terpaksa la makan.. dan ada niat laen gak..hehe, niat laennya nak tgk gelagat anak2 muda kita, iaitulah Melayu.. Huh, semalam leh kata kebanyakannya melayu dan adalah jgak segelintir tu China n India.. Itu saya x kisah, yang saya sedeh sgt2 ni, ada satu meja ni, terdapat 6 atau 7 kot lelaki (bilangan x pasti) dan seorang wanita.. Hah!! Wanita? 7 lelaki 1 wanita? Gilakan.. Saya tgk penampilan perempuan tu agak simple.. Saya ngan abg buat kesimpulan disitu yang perempuan tu lari keluar dari rumah sebabnya, perempuan tu berpakain "Baju Tidur".. Haha, mmg ketawa besar saya ngan abg!! Hehe, nak kuar umah pun pakaila pakaian yang Grand skit..kakaka.. Tu terserah la kat yer, dan saya lihat perempuan tu melakukan aksi2 yang menghairahkan jgak la.. Mmg rasa sedeh sgt, tgk dari penampilan lelaki tu, macam mat rempit jer, tp x tahu la kami just wat andaian sendiri jer.. Ermm, sedeh la lihat benda2 camni.. Klau nak berdate pun pilih la ari laen, nape la pilih Malam Peristiwa Israk Mikraj jgak... Pelik2.. Tu mampus korang la..


Yang kedua.. Hadapan meja saya tu, ada jgak satu kelompok remaja bawah umur la leh kata.. Sorang tu tgk dah matang skit la, tp yang dua orang lagi tu macam baru Darjah 6 aje.. Tahu ape mereka wat? Hoho, apa lagi, cam besa ah.. Hisap Rokok!! Hembus sana, hembus sini.. Klau la die adek beradek aku, abis la die.. X padan ngan kecik.. Huh.. Tp saya x kisah la, sebabnya mereka bukan Agama Islam.. Haha, tu kaum China, lantak korang la nak watpe pun.. Biar ibubapa korang yang tanggung!!


Ketiga, ok itu dah lepas.. Then lepas makan2, abg saya ajak nak g satu tempat x? Aku tanye nak g aner? Die kata nak tunjuk "Bagaimana Orang zaman sekarang menghayati Malam Peristiwa Israk Mikraj".. Hehe, die perli aku kot!! Kakaka, xpelah, then saya kata ok.. Die p0n pecut moto die pegi satu tempat yang leh kata tiap2 malam full org wat maksiat!! Haha, tahu apa? Sape dok kedah tahu la.. Iaitulah di Hadapan Masjid Zahir.. Terkejut gile bila tgk manusia2 berhimpun di HADAPAN bukannya di DALAM masjid utk bergelak ketawa dan buat perkara2 x senonoh!! Rasa malu pun ada semalam bila tgk yang berdua-duaan di dalam kereta adalah manusia yang "BERAGAMA ISLAM".. Ya ALLAH, apa nak jadi ni.. Di hari yang amat bersejarah dan penting ini, dihayati dengan cara ini.. YA ALLAH!!!! Ermm, mmg semalam saya ngan abg saje aje nak g tgk muka2 org buat maksiat ni.. Semalam x banyak sgt la, adalah dalam 4 buah keta.. Ada yang berdua-duaan, ada yang bertiga.. Astaghfirullah... Apa nak jadi ni? Tengah2 pagi gtu, dok berdua-duaan bukan muhrim.. Nape saya kata bukan Muhrim? Klau pasangan suami isteri, mereka xkan punya dok tengah2 malam kat stu.. Pikir la sendiri!! Klau la bgus mereka yang dok depan masjid tu, gerak sikit aje masuk dalam masjid, buat solat sunat ke, baca Al-Quran ke, kan bagus.. Dari dok ketawa tebahak-bahak.. saya x paham apa motif mereka berhimpun di Hadapan Masjid yer!! (Andaian saya= maybe mereka ingat klau dok depan masjid, akan dapat Hidayah dari Allah kot).. Haha.. Lawak bebenar.. Ermm, terserah la..


(Hasil Gambar bukan dari Penulis, sorie la xde camera nak snap semalam..hehe)


Ok ni yang last.. Lepas penat jelajah satu Alor Setar, saya ngan abg pun berhasrat la nak pulang.. Sebab waktu tu pukul 2.30 pagi dah, Umi kat umah dok risau..hehe, dakpe ah.... Dalam perjalanan balik tu, ada sebuah moto ni yang ditunggang oleh Sepasang COUPLE yang berpeluk erat.. Fuhh, tekejut gile, tambah hangat lagi, die maen potong kami gtu ajer..HUH,panas!! Ape lagi, aku suh la abgku follow die rapat, tp x dapat la.. Yela, saya suh abg saya pecut waktu dok gear 4 mana leh.. Hehe, tp leh gak la dapat tgk dari jauh!! Sedeh sgt2.. Perempuan yang dok kat belakang tu, Pakai tudung!! Klau pakai tudung automatik la kan tahu kaum melayu kan.. Ermm, bayangkan waktu tu nak dekat kol 3 pagi dah.. DIorang pegi mana waktu tu? Apa ibubapa mereka x amik peduli ke? Hanya Allah yang tahu... Sedeh la tgk sume ni ngan mata saya sendiri.


Kesimpulanya yang dapat saya simpulkan dari pengalaman saya ni, Manusia zaman sekarang (saya tumpukan kepada Umat Islam) makin menjadi2, mereka x sedar yang dunia hampir kiamat.. Mereka lagi suka membuat maksiat dari berjalan ke Masjid, menunaikan solat berjamaah di Masjid, menghabiskan masa free dengan kuarga, mereka x suka benda2 gin!! Ya ALLAH!! Kejadian2 ini berlaku pada hari yang amat bermakna dalam Agama Islam.. Berubah la wahai umat islam sekalian, jauhi la dari jalan2 kemaksiatan.. Kembali lah ke pangkal jalan..


Erm, itu sahaja kot pengalaman saya Semalam Di Bandar Alor Setar.. K, Assalamualaikum

Di Post Oleh:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum sume.. Dekat entry ni nak berkongsi tentang Peristiwa Israk Mikraj.. Korang tahu kan ini bulan apa, skrg kita sedang berada Dalam Bulan Rejab iaitulah Bulan Allah S.W.T.. Dalam bulan ini kita disunatkan mengamalkan banyak amalan2 sunat kerana pahalanya adalah berlipat ganda. Jangan kita melepaskan bulan ini dengan begitu sahaja. Ini ialah bulan Allah S.W.T. dan Syaaban iaitulah Bulan Rasullullah S.A.W.. Dua bulan ini jgn kita lepaskan begitu sahaja. Banyakkan amalan-amalan sunat seperti Berpuasa sunat Rejab dan Syaaban.. So, utk entry ini jo kita baca artikel tentang Peristiwa Israk Mikraj.. Korang tahu mengenai Peristiwa ini? Kepada yang tidak tahu, ambil la tahu kerana ini penting.. Ia peristiwa Nabi Muhammad s.a.w dibawa naik ke Langit dan Melihat pelbagai peristiwa2 penting. Baginda dibawa melawat ke Syurga dan Neraka. Di sana baginda melihat siksaan yang amat dashat di Neraka dan baginda berasa sedeh kerana baginda melihat di dalam Neraka terdapat banyak Kaum Hawa.. Utk keterangan lanjut, korang leh baca artikel di bawah ini..





Setiap bulan dalam kalendar Islam mempunyai keistimewaan tersendiri. Umpamanya bulan Ramadan dengan arahan wajib berpuasa dan dikurniakan satu malam yang dinamakan ‘Lailatul Qadar’. Demikian pula bulan Zulhijjah umat islam diseru menunaikan haji di Mekah. Kemudian terdapat ibadat korban yang besar pahalanya. Rabiul Awal pula mencatat sejarah besar dengan kelahiran junjungan Nabi Muhamad saw.

Bulan Rejab juga sarat dengan peristiwa besar yang menguji keimanan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada Rasulullah saw sesungguhnya menguji keyakinan umat Islam ketika itu. Peristiwa yang berlaku ke atas Rasulullah saw itu dianggap tidak masuk akal oleh golongan kafir dan munafik pada masa itu. Malah ia turut diragui oleh sebilangan umat Islam yang tipis imannya. Peristiwa Israk dan Mikraj memang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad saw. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya. Peristiwa Israk dan Mikraj juga sebagai satu anugerah tertinggi yang hanya dikurniakan kepada junjungan Nabi saw – ianya tidak dikurnaiakan kepada makhluk lain sama ada malaikat, jin atau manusia.

Pada bulan Rejab, selepas 11 tahun baginda saw dilantik sebagai Rasul, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan baginda saw telah ditimpa dua musibah berturut-turut. Baginda telah kehilangan dua insan tersayang; iaitu kewafatan Siti Khadijah, isteri tercinta. Kemudian Nabi saw menerima musibah dengan kematian bapa saudara baginda, Abu Talib. Kedua-dua insan ini banyak membantu Nabi saw dalam usaha meyebarkan syiar Islam. Sanggup menghadapi ancaman dan cabaran daripada kafir Quraisy. Sanggup bersusah-payah dan menghadapi serba kemungkinan dan fitnah jahat daripada penentang Islam.

Demikianlah Allah swt telah menghiburkan Nabi saw dengan peristiwa Israk dan Mikraj – membasuh kedukaan dan kenestapaan yang bersarang di hati Rasulullah. Israk bererti perjalanan Nabi saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini dirakamkan dalam al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Maha suci Allah yang telah menperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haraam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Israa’:1)

Mikraj pula bermaksud perjalanan baginda saw dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, sebagaimana digambarkan dalam al—Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi saw) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi Sidartulmuntaha; yang di sisinya terletak syurga Jannatul-Makwa. Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa Sidratulmuntaha itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemendangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Q.S. An-Najm: 13-18)

Semasa dalam perjalanan israk dan mikraj ini Nabi saw telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa suka dan duka; menghibur dan menakutkan silih berganti. Nabi saw diiringi oleh Malaikat Jibril sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj ini (kecuali ketika Rasullah saw ke SidratulMuntaha bertemu Allah swt)). Nabi saw ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan ketika meninjau neraka. Misalnya Nabi saw diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, pecah dan kemudian bertaut kembali seperti sediakala. Ini adalah hukuman bagi mereka yang ingkar mengerjakan solat. Nabi juga melihat seksaan terhadap pemakan riba, penzina, pengumpat, pembuat fitnah dan lain-lain. Ini semua memberi peringatan agar kita menjauhinya semasa di dunia ini.

Nabi juga melihat keseronokan dan kesukaan mereka yang berada di dalam syurga. Nabi tercium bau yang semerbak daripada Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun. Nabi juga melihat sekumpulan orang yang tidak putus-putus menuai hasil (tanaman)- menandakan bahawa balasan bagi mereka yang suka menderma dan bersedekah semasa hayat mereka. Peristiwa besar dalam Israk dan Mikraj ini ialah apabila Rasulullah saw menerima perintah mengerjakan solat. Berbeza dengan ibadat lain seperi puasa, haji, zakat, ibadat solat diterima secara langsung daripada Allah swt.

Sesungguhnya peristiwa yang berlaku ke atas Nabi saw ini mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Arab pada masa itu. Mereka tidak yakin dengan cerita Rasullah diisrak dan dimikrajkan dalam masa semalaman sahaja. Mereka menganggap itu hanyalah khayalan belaka. Bahkan tidak lebih daripada mainan mimpi. Malah bagi mereka yang sedia memusuhi baginda saw terus melemparkan tohmahan mengatakan: Muhammad sudah gila! Mana mungkin pada akal mereka, perjalanan dari Mekah ke Palestin dengan kenderaan unta mengambil masa selama sebulan, boleh dilakukan oleh Nabi hanya semalaman sahaja. Begitu juga mereka juga menolak dakwaan Nabi saw naik ke langit juga pada malam yang sama. Mereka memperolok-olokkan baginda saw dengan pelbagai ejekan. Mereka menolak mentah-mentah apa yang Nabi ceritakan.

Bagi orang-orang Arab yang memang menentang Nabi saw, mereka menjaja ke merata tempat peristiwa yang dianggap ganjil ini. Bagi mereka yang mula menunjukkan minat agama yang dibawa Muhammad saw, mula menjauhkan diri. Mereka yang lemah iman pula terus tertewas dan kembali kepada agama asal .Namun bagi mereka yang kuat iman, tetap tidak berganjak dan tetap mengakui kebenaran Muhammad saw. Saidina Abu Bakar sendiri tanpa ragu-ragu mengiakan apa yang Nabi saw alami. Justeru beliau digelar asSidiq (benar).

Sesungguhnya dengan kuasa Allah dan kehendakNya apa sahaja boleh berlaku. Nabi saw menggunakan kenderaan Buraq (sepantas kilat) dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini. Sekiranya ia berlaku pada zaman ini, mungkin tidak siapa yang menganggap ia suatu yang mustahil. Dengan menggunakan kenderaan moden serta canggih seperti yang terdapat masa kini, beritahu sahaja ke mana sahaja ceruk rantau kita jelajahi tetap dipercayai, sekiranya kita berkemampuan. Dengan kemahuan dan keupayaan kita boleh sampai ke bulan atau lain-lain planet, juga menjejak kaki ke mana-mana sahaja yang kita hajati.

Susunan



Atase Pendidikan (Agama)

MSD Washington DC

2009



So Kepada Umat Islam sekalian.. Marilah kita mengambil iktibar dari Peristiwa tersebut. Marilah kita kembali ke Pangkal Jalan dan ketahui la wahai sahabat yang Terdapat Pembalasan yang Dashat di Hari Akhirat Kelak.. Bertaubat la sebelum terlambat.. Alllah Maha Pengampun

Sekian utk Entry ini.. Assalamualaikum









Saturday, July 18, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. Hai sume.. Kat entry ni just nak kongsi ngan korang sume tentang ~Tutorial Cara Nak Ubah Icon Blogger~ .. Step die senang ajer...Nak tahu ke? Ok jom kita kongsi2 yer..

Ermm.. Malas la nak tlis.. hehe, senang citer la.. Korang download ajer Tutorial yang abang saya watkan ni.. Senang jer.. Dalam masa sekejap ajer, klau korang paham, mmg dapat buat kejap ajer.. K, tanpa buang masa.. Download ajer dibawah ni..

icon blogger

Nak Ubah Icon Blogger di Addres Bar anda? Download Tutorial di bawah ni.. Free ajer

KLIK UNTUK DOWNLOAD
Klik ajer Butang Download tu.. Then anda akan dapat buat dalam masa singkat sahaja..
Tunggu apa lagi.. Download la sekarang..


So.. Korang Tunggu apa lagi? Jom pakat ramai2 Down

Sekian sahaja Tutorial kali ini.. Assalamualaikum

(Tutorial ini adalah hak cipta Hamizi Azizan)

Di Post Oleh:
Friday, July 17, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. Kat entry ni just nak cite tentang Diriku.. Hehe.. Saje nak menjiwangkan diri di entry ni... Aku x mengenal lagi diriku ini.. Aku x dapat kenal lihat masa depanku lagi.. Tapi aku udah tetapkan Wawasan dalam diriku ini.. Aku hanya insan biasa yang memerlukan tunjuk ajar dari orang yang berkemahiran tinggi dariku ini.. Aku akan mendengar segala pendapat yang dikemukakan padaku..

Inila diriku.. Adakah sume org bangga dengan aku di masa hadapan? Atau sebaliknya? Sumenyer terletak pada diriku sekarang.. Bangun semula Hazman Azizan.. Engkaulah yang akan menentukan harapan orang tersayang!!

Sajak Diriku Ini:


Hidup ini bagaikan kapas,
Putih suci di buai angin,
Mencari ilmu selautan untuk di amal sepanjang zaman,
Mencari kekasih di segenap alam untuk meneman sepanjang hayat,

Mungkin kah ku disini sentiasa mencari erti,
Erti dalam kehidupan yang ku sendiri tak pasti,
Zalimnya dunia disekeliling ini,
Bagai hendak runtuh diri ini,

ku tabahkan diri dan ku teruskan berdiri,
Jadikan tuhan azimat diri,
agar idup ini lurus tanpa dibuai mimpi,
supaya akan ku terusan berdiri di kaki sendiri.

Bangunlah Wahai Hazman!! Kembangkan senyuman yang berada dimuka orang tersayang!! Jgn biarkan ia kembali kucup.. Bangun!!

Sekian utk entry ni.. Hehe, saja nak menjiwangkan diri ini.. Sekian.. Assalamualaikum

Di Post Oleh:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum.. Kat entry ni just cuma nak cite tentang Pancaragam Sekolah Sepupu saya yang telah merangkul tempat Pertama dalam Pertandingan Pancaragam antara Sekolah... Yer ade 2 kateogari ape tah nama die.. lupa2.. Sekolah sepupu saya ni utk pengetahuan sume, ni kolah budak2 pandai la.. Sekolah Kluster, sape yang x tahu Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar Sekolah ni telah wakil malaysia taun lepas dalam pertandingan Pancaragam ini ke China.. Mereka telah membuat persembahan disana.. Taun ni nak g mana lak? Pegi Mexico tau..haha.. Sume alik kena Karanti..kakaka..padan muka.. Jom tgk gambo diorang..

Ni la waktu mereka buat persembahan.. Mmg cantek beb!! Gambar ni abah saya yang snap.. So, masih fresh ag..huhu.. Bgus2.. Teruskan usaha korang sume yer..kekekeke

Owh yeah.. Ni la die Geng Pancaragam ASMA..huhu.. Cantek.. Bajunya..kakaka.. Tu la sepupu saya bersama Ibunya/Ibu saudara saya.. 2 orang lagi tu.. Penyibok!! Kakaka..

Ok, itu sahaja kot.. opss..satu ag.. Kepada Huda, klau g overseas tu, bawak alik la ole2 kat man yer.. Jgn lupa... Hehe.. Jgn wok alik penyakit udah..haha.. K, Good LUCK..

"TAHNIAH"


Sekian sahaja.. Assalamualaikum
Di Post Oleh:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum kepada sume yang sudi membaca blog saya ini. Untuk entry ini saya nak cite tentang Jamuan Buah-buahan Tempatan kat sekolah saya.. Hari isnin yang lepas, sekolah saya adakan Hari Buah-Buahan Tempatan.. X tahu la apa tujuannya, maybe utk memberi tahu kepada sume yang Negara kita masih kaya dengan buah-buahan tempatan...


Pihak sekolah saya bermurah hati utk memberi peruntukan utk membeli buah-buahan ini utk diberi kepada pelajar sekolah saya..hehe.. Tp yang bestnya, geng2 outsider x leh rasa sebab hanya yang tinggal dalam asrama ajer..hehe, kecian korang yang outsider.. Yela, sekolah saya ni leh kata 70% tinggal di asrama dan 30% ag tinggal diluar.. Hehe.. Nak tahu buah apa yang kami dapat makan? Sume ade 4 jenis buah.. Sodap!!

Tahu ni buah apa? Ni la buah.. Duri..haha.. Durian la.. Perghh, buah ni la mendapat sambutan yang paling hangat.. Tp, ahli dorm saya dapat makan skit ajer.. Sebab, ada sebahagiannya buruk dan ada kumpulan laen datang serbu kumpulan kami!! Tp xpelah, durian yang sikit tu la merapatkan hubungan silaturrahim kami..hehe, sebabnya buah durian ni susah skit nak bukak, so mmg kami bekerjasama membuka.. Ada yang luka tangannya, salah sorangnya saya la..hehe.. Leh tahan gak durian tu.. Yang lawaknya, buah durian yang susah nak bukak tu..rupa-rupanya, buah buruk.. Sume stress gile.. dah la tangan luka, then xleh nak makan lak.. Hehe.. Lawak gile.. Tp xpe, tu la semangat kerjasama kami bersama..

Ni buah yang kedua dapat sambutan..hehe.. RAMBU & TAN.. Rambutan la.. Buah ni agak laris la.. Satu kumpulan dapat satu tangkal aje.. Satu tangkal pun leh tahan gak la..hehe.. Mmg fresh gile ag.. Baru dikaut dari dusun die..hehe.. Best2

Ni yang ketiga.. Langsat!! Nyum2..hehe, buah ni bleh la tahan.. Ada yang masam..hehe, ada satu cite, camni.. Sebelum makan cikgu pesan kat sume, jgan bawak balik ke Dorm, sebab nnti kotor, tp kan, sume dorm bawak balik buah ni.. Sebab buah ni banyak gile.. Hehe, kami bawak balik senyap2..huhu.. Klau cikgu tau abis la kami sume..hehe... Jgn gtau tau!! Shrppp..


Hehe.. Tahu ni apa? Ni la MangGis.. Buah ni la palik sodap!! Tp, klau nak bukaknya, paham2 la.. Tangan tu kena bergetah la...hehe, Tp hasil bila bukak.. Lumayan.. Puteh ajer..Huhu.. Buah ni dapat sikit ajer, sebab kautannya sikit ajer..huhu.. Ceh Berbahasa lak.. Buah ni kena berebut skit.. klau x, x dapat rasa la..

Kesimpulannya disini.. Sume buah2an tempatan di Negara kita ini sume sodap2 belaka.. So, marilah kita support buah-buahan tempatan di negara kita ini.. Masih wujud lagi buah2an kita.. So, Jom makan Buah-Buahan Tempatan negara Malaysia..hehe

Sekian sahaja.. Assalamualaikum


Di Post Oleh:
Thursday, July 16, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum... Yeah!! Minggu ni dapat balik asrama lagi.. Sonoknye.. Hehe, kan bgus klau tiap2 minggu boleh balik..hehe.. Nak tahu nape saya leh balik?.. Sumenya sebab geng Pencak Silap tu la, eh silap.. "Pencak Silat".. Haha, padan muka kena kutuk!! Nak ucapkan terima kasih sgt kat geng2 ni, tp x berterima kasih jgak!! Thanks sebab datang ke kolah saya dan kami dok asrama leh balik.. Dan satu lagi, sebab korang sume la.. Kami yg dok hostel terpaksa bawak alik sume barang kami.. Arghh, tension la!!.. Tp xpelah, saya x bawak alik pun sume.. Klau bawak alik, perghh, baek x yah mai dah kolah..kakaka

Ermm.. Geng ni la!! Sekolah saya menjadi tuan rumah bagi
"Pertandingan Pencak Silat Peringkat Negeri Kedah"
Dalam sebulan yg lepas, kolah saya jadi tuan rumah peringkat kebangsaan.. Pening gak ni

Saya pun agak pening ag, camne pertandingan ni.. Sebab ye banyak acara, ada olahraga la, ermm, ntah la.. Macam2 ag.. Papepun, nasihat buat korang yang tinggal dalam dorm aku.. Jgn korang dok tunjuk kekuatan silat korang kat locker aku.. Huh, rosak loker aku, siap korang.. Aku silat korang alik...hahaha.. Dok tempat org wat cam tempat org tau

K, papepun selamat bertarung!!.. Haha.. Buat yang terbaek yer.. Jaga nama sekolah masing2 yer.. k, Sekian dulu.. Assalamualaikum..

Di Post Oleh:
Saturday, July 11, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum sume.. Kat entry ni saya just nak mintak cadangan korang sume jer.. Saya bercadang nak tukar Template baru.. So saya nak mintak cadangan korang sume.. Sama ada korang setuju atau tak!!

Soalan: Kenapa penulis mahu tukar template?
Jawapan: Xade papepun, just nak cari mood laen lak dgn template baru, maybe lebih ramai pengunjung akan masuk ke blog ini. insya-Allah

So, saya harap korang dapat memberi pendapat yer.. Saya akan lihat kepada majoriti yg menyokongnya.. So, kepada yang memberi pendapat.. Saya ucapkan ribuan terima kasih.. Jasa anda amat dihargai!!

Untuk memberi pendapat, korang boleh kemukakan di ruangan Komen utk entry ini atau
(Klik di sini).. atau korang boleh emailkan secara on9 kepada saya dibawah blog ini..

Jasa anda sume amat dihargai!! Sekian.. Assalamualaikum

Di Post Oleh:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum sume.. Kat entry ni juz nak cite tentang "Tension Exam".. Letih la exam ni, klau ikut ni baru jer abis exam.. Tapi cikgu kabo lak, hujung bulan ni ada exam pulak!! Arghh.. Baru jer nak release tension tp x sempat gak.. Skrg ni masa saya x cukup la.. Dekat asrama mmg bz gile, dgn kelas tambahan yang banyak.. Pergghh, camne la nak bahagi masa ni ek? Takut rasa nak amik exam ketiga ni.. Takut pointer akan menurun.. Arghh.. Takut!!



Ermm, xpelah.. Sabar jer Hazman. Ni adalah dugaan untuk berjaya!! Ko kena hadapinya dengan sabar yer.. Ada hikmah di sebalik sume ni.. Ermm..

"Ya Allah.. Bagila aku lulu dengan cemerlang, agar aku dapat membanggakan kedua ibubapaku"
Korang tlg doakan ye.. AMIN

K, sekian utk Entry kali ini.. Assalamualaikum

Di Post Oleh:

Friday, July 10, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum sumer.. Pe kabo sumer? Moga2 korang sumer sihat.. First sekali kat entry ni saya nak mintak maap yer sbb x dapat posting banyak minggu ni sbb saye terlalu bz la... Minggu ni ader banyak keje.. Saya kena siapkan keje kolah dan abah saya mintak tlg n banyak ag.. So, saya nak mintak maap sesangat kepada korang yang mengikuti perkembangan blog saya ni yer... Paham situasi saya yer..


Ermm, ade ramai dah tegur!!! Nape xder entry baru ni.. So, saye terpaksa jelaskan yg sebenarnye.. Harap2 korang sume paham yer.. insya-Allah, saya akan post entry2 baru lagi.. X minggu ni maybe minggu depan..Ok,

K,sekian utk entry ni... Assalamualaikum

Di Post Oleh:

Saturday, July 4, 2009


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum.. Ni maybe entry last utk ari ni.. Entry ni nak cite tentang Roket Water/ Roket Air.. Sekolah saya skrg ni dalam pemilihan utk hantar wakil sekolah dalam Pertandingan Cipta Roket Air.. Cikgu Physis saya la yang ditugaskan mencari wakil yang sesuai.. Mula2 mmg cadang nak masuk, tp cikgu kata limit 4 kumpulan ajer, x jadi la nak masuk.. Lagipun saya x waper pandai sgt, so bagi org yg lebih berpengalaman..


Ni la contoh model Roket Air ni.. Esok ari ahad, akan dibuat pemilihan.. Klau x silap, pemilihan berdasarkan masa roket ini berada di udara!! Ntah la, tggu la nnti saya kabo laen ek..


Ok, Sekian utk entry ni.. Jom saya alik ostel dulu yer, Ari kamis nnti ade entry baru tau.. jgn lupa masuk blog ni selalu yer.. Assalamualaikum

Di Post Oleh:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. Kat entry ni nak gtau tentang Pilihan Raya yang akan berlangsung di sekolah saya secara live, dan sume pelajar sekolah saya wajib mengundi.. Huh, fist time dapat mengundi..kaka.. Pilihan Raya ini ialah utk mencari Majlis Pewakilan Pelajar 2009/2010. Sume calon ini terbuka kepada Form6 ajer.. Fuyoo, cam x caye jer leh mengundi..


Hehe, Pilihan Raya ni akan Berlangsung pada hari isnin ni pada sebelah petang.. Sume terdapat 19 calon yang mengambil bahagian dan yg akan di pilih hanyalah 14 org.. Hehe, nnti saya kabo keputusannyer ye..

Sekian utk entry ni.. Assalamualaikum

Di Post Oleh:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum.. Dekat entry ni saya cume nak ucapkan Selamat Kembali Ke USM kepada kakakku Hamizah (Mieza)... Dah lama cuti kan.. Hehe, so mesti x sabo alik ke sana kan.. Wuekk, Cian kat Ko0p SMKAJ, cian kat sorang tu.. xleh jumpa akak dah..hahaha, gurau ja..



Ni la Akakku.. Mieza



Ni la tempat dia bekerja.. Koperasi Sekolah lamaku.. Ermm, papepun, selamat tinggal jgak buat koperasi ni...Hehe, Jaga diri yer.. Kakakaka


Selamat Kembali Ke USM, Belajar elok2 yer.. Sain Bio Botani kan..Ermm, susah tu.. Wat yg terbaek yer.. Man doakan Kejayaan akak..


Selingan: Haha, cian!! X dapat gaji dah.. Padan Muka.. Dapat gaji x belanja man pun.. hehe


K, Jaga diri yer.. Sekian utk Entry ni.. Assalamualaikum

Di Post Oleh:



Followers

  • hit counters
  • Favourite Link

    MY BANNER

    *Copy n Paste*
    AREMANLIFE BLOG