Friday, December 31, 2010
Assalamualaikum.. "Happy New Year 2011" to all people.. Huhu.. Sekejap jer aku rasa setahun berjalan.. Pejam celik, pejam celik.. Dah setahun dah.. Sekarang ni, masa yang berjalan bersamaan 1 jam = 1 minit, 1 minit = 1 saat.. Memang cepat sangat! Ini adalah perubahan yang berlaku paling ketara nampak.. Tetapi, ia bergantung kepada diri kita jgak, kalau lah kita set in our mind, mahu masa berjalan dengan cepat.. Tetapi, masa yang berjalan tu adalah sangat lambat.. Memang itulah lumrah alam..huhu
Yipee.. Apa yang korang nampak dalam gambar atas tu? "Happy New Year 2011" kan? Huhu.. Itu mmg btol.. Cuba korang perhatikan kepada smillie yang aku letak tu.. Nape aku letak 2 smillie tu? Ok, smillie yang bawah tu aku ingin menggambarkan Jangan nakal-nakal.. Smillie diatas tu pula, Happy-happy la selalu.. Sinarilah hidup kita dengan gelak tawa dan jangan berlebihan pula..huhu..

Apa azam korang?? Huhu.. Mesti korang nak berubah dari baik ke yang lebih baik kan? Itu semestinya..huhu.. kalau aku lak, Aku nak jadi anak yang soleh, Mendapat result SPM yang cemerlang, Menjadi orang yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.. Insya-ALLAH.. Marilah kita berazam yang kita akan tunaikan azam yang kita tetapkan itu..

Malam Sambutan Happy New Year akan menjelma pada malam nie.. Seperti yang kita sedia maklum, Malam ni adalah sangat bermakna! Haha, Bermakna macam mana tu?? Malam ni la akan berlaku banyak maksiat, merempit, melepak, pergaduhan dan macam-macam lagi! Hmm.. Moga-moga gejala buruk itu xkan berlaku malam ni yer.. Hmm.. Malam yang paling ditakuti oleh ibu bapa.. Sama-sama lah kita doakan xdak apa yang berlaku yer..Insya-ALLAH

So, "Selamat tahun Baru 2011" kepada sume yer.. Hargailah setiap masa korang tu.. Masa itu emas...huhu..k Sekian.. Assalamualaikum

P/s: Berubah lah dari baik kepada yang lagi baik.. Insya-ALLAH
Assalamualaikum.. Dalam entry ni aku nak luah rasa x puas ati dekat pemandu kereta.. Hadoi, ceritanya begini, tadi waktu aku baru alik Sembahyang Jumaat, keadaan hujan nie, agak lebat laa.. Aku bawa mto laa, dengan pakai baju melayu, kain pelekat, aku pon terpaksa redah hujan tue..huhu.. Aku rasa kelajuan moto aku td tu, 30km/j ja kot.. Memang paling slow la penah aku bawa, yerlaa, keadaan hujan la, bawa laju mmg cari nahas laa..haha
Huhu.. Macam tu la keadaan aku tadi..haha.. Then, yang buat aku geram gila2 nie, pemandu kereta dok bawa laju-laju gilak! Hadoi, xdak ati perut langsung laa.. Kesian la sket kat penunggang moto ni.. Dah la jalan lincin, badan pon basah! Hadoi! Geram gilak nie!Kalow la aku dapat kejar pemandu keta tu, mmg aku tahan dia laa...Hadoi!

Kepada pemandu kereta, bertimbang rasa lah kamu sume dekat jalan raya nah.. Jangan pk keta kamu tu besar sgt, kamu boleh ketepikan kenderaan yang kecil! Jangan2! Kang kena balasan lak.. Beringat-ingatlah sebelum kena yer sume...

Aku tahu, keadaan yang aku alami tadi, bukan aku sorang jea yang alami, msti ramai dah penah alami dan banyak perasaan xpuas ati kan? Haha.. Kita xleh buatpa, hanya sekadar mengeluh jer laa..huhu.. So, Akhir kata, moga2 pemandu kereta dapat berubah sikap yer..

k..Sekian.. Assalamualaikum..

P/s: Perasaan xpuas ati ni den x tuju dekat sume pemandu la, tapi dekat yang tertentu je..
Assalamualaikum.. Thanks to all readers.. Tadi bukak nuffnang, aku agak terkejot bila tgk Traffic pengunjung blog aku minggu ni semakin meningkat dengan mendadak gile.. Huhu.. Berbaloilah dengan usaha aku, x tidor siang malam..kuang3.. Just joking jea..


Huhu.. Tengok laa.. Dari seorang visitor kepada puluhan visitor.. Huhu.. Insya-ALLAH, lepas ni traffic blog ni akan meningkat.. Thanks kepada sume yang sentiasa menyokong my blog yer.. Insya-ALLAH, sama2 la kita maju ke hadapan yer wahai blogger sekalian..huuhu

So, kepada visitors and readers jemput-jemput la selalu mai blog ni yer.. Insya-ALLAH, den akan balas kunjungan tu bila anda kunjung blog ni..huhu..

Pastikan korang tinggal jejak korang dekat "Shoutbox" dan tingggalkan link korang dekat "Exchange Link" taw dekat top menu blog ni.. Keep in touch yer sume visitors..huhu
k.. Sekian.. Assalamualaikum

p/s: Jangan malu-malu nak datang sini yer sume kawan-kawan..huhu
Assalamualaikum.. "Back to School?" Who?? Me?? Oh noo.. Aku xkan balik ke sekola lagi dah! Haha.. Tarikh last aku di sekolah iaitu 20/12/2010.. Huhu.. Aku kini sedang dewasa, nak mencecah umo puluhan dah.. HUhu, gerun laa.. Sebab alam dewasa ni, banyak pancaroba yang menghalang.. Huhu~! Tapi, setiap orang akan lalui masa mudanya dan tuanya.. Xda sapa yang dapat mengelak dari masa toanya! Semua itu adalah takdir Allah S.W.T..

Haha.. Seperti yang kita sedia maklum, musim cuti dah berakhir, so, sekarang masanya untuk "Back to school" dah kepada budak2..haha.. Cuba korang tengok dekat gambar yang aku buat kat atas tu kan, kenapa aku letak gambar cartoon yang macam marah & tansion.. Tahu x nape? Haha, kebanyakkan budak-budak sekolah mmg malas gile nak masuk sekolah.. Macam-macam la alasan yang diorang kasi.. Tapi yang pastinya, diorang takut nak "EXAM".. Haha..

Tapi, orang yang palin tengah tansion sekarang ni, adalah ibupaba students la.. Yerla, sekola dah buka, so, anak-anak minta nak baju sekola baru la, beg baru, kasut baru, sumenya baru laa.. Tambahan lak, ibubapa yang mempunyai ramai anak.. HUhu, inilah pengorbanan terbesar ibu bapa iaitu memberi pendidikan kepada anak-anak diorang.. Hargailah ibu bapa kita, dan balaslah jasa ibu bapa kita selagi kita mampu..

Kepada students, memang sekarang ni korang rasa, malas gile nak g sekolah kan? Tetapi, percayalah aku gtaw, k0rang akan rasa rindu zaman persekolahan bila korang dah abis sekolah.. Hargailah masa indah di sekolah..huhu..

So, kata terakhir dari AREMAN kepada students sekolah, "Welcome Back to School"..haha.. Belajar sungguh-sungguh yer adek-adek.. Jgan main2 taw..huhu
k..sekian.. Assalamualaikum

P/s: Belajar baik-baik, jangan gadoh-gadoh taw budak-budak..haha
Thursday, December 30, 2010
Assalamualaikum.. Kepada semua blogger, korang nak tahu x nape ramai orang yang xmo masuk blog korang?? Ini adalah sebab utama laa.. Sebabnya korang x letak shoutbox laa.. Tolong lah letak shoutbox supaya senang para blogger nak letak link diorang and boleh kerap-kerapa masuk blog korang..
Sekarang ni macam-macam dah jenis shoutbox yang diwujudkan.. Shoutbox float la, macam-macam laa.. At least, u allz msti ada shoutbox.. Janganlah terlalu besar sbb nanti akan ganggu page lak.. Berat lor~!..huhu

Kemudian, kalau la korang xbuat "Shoutbox Float" macam blog ni, pastikan shoutbox korang berada di atas sekali sebab ini akan memudahkan para blogger untuk meninggalkan link dan comment diorang.. Itu yang penting! Shoutbox memainkan peranan yang penting taw!

So, kepada blogger-blogger yang belum letak shoutbox, letak la sekarang noh.. Confirm la, blogger lain akan kerap masuk blog anda sume.. Huhu.. Good Luck k..
k.. sekian.. Assalamualaikum

p/s: Ni website untuk create shoutbox :
Assalamualaikum.. Malaysia Boleh! Yezz, itu yang disebut oleh rakyat Malaysia semalam apabila negara kita telah muncul sebagai juara Piala AFF Suzuki 2010 dengan hasil jaringan gol keseluruhan (4-2).. Tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia.
Piala diatas tu adalah milik skuad Bola sepak negara kita!! Tahniah!! Teruskan usaha lagi, dan moga2 nanti Malaysia akan dapat mencalonkan diri ke FIFA world cup yer.. huhu.. Insya-ALLAH.. Berdasarkan cara permainan skuad negara kita sekarang ni, mmg kita dah cukup layak utk masuk FIFA..huhu.. Chaiyok Malaysia!
Itulah wajah-wajah kegembiraan skuad Bola Sepak negara tercinta kita apabila diiktiraf sebagi Juara dan mereka menjulang Piala itu dengan rasa bangganya! Kita yang duduk kat rumah pon msti rasa terharu jugak kan bila tgk Malaysia menang? Of course la kan..huhu..

Alhamdulillah, semalam xdak perkara yang x diingini berlaku.. Syukur sangat2! Tapi, ada la jgak nampak geng Indon dok baling botol masuk dalam botol.. Ish2, depa xleh nak terima kenyataan la tu..haha.. Padan muka lor! Kalah menang itu adat pertandingan, yang penting jgn dok pandang rendah kat orang jer.. huhu

Hari ini, (30/12/2010, Khamis) adalah cuti Peristiwa bagi celebrate kemenangan Malaysia menumpaskan Indonesia dengan teruk..haha.. Perdana Menteri telah mengisytiharkan cuti peristiwa itu sebaik sahaja malaysia menang! Huhu..

Okey, thats all.. Malaysia Boleh! Malaysia Juara! Malaysia Cemerlang, Gemilang & Terbilang
k.. Assalamualaikum




P/S: Moga2, Malaysia dapat calonkan diri ke FIFA World Cup yer nanti..huhu
Wednesday, December 29, 2010
Assalamualaikum.. Seperti yang kita sume sedia maklum, Negara kita iaitu Malaysia tercinta telah berjaya melayakkan diri ke Final Piala AFF. Negara kita telah memenangi Final pertama (3 - 0) dengan Indonesia.. Malam ni (Rabu 29/12/2010) pertembungan kali kedua di Indonesia bagi menentukan siapakah juara.. Kita memang sangat berbangga dengan negara kita.. Chaiyok!
Yezz! Tu la kenyataanya.. Harimau Malaya telah berjaya menumpaskan Garuda dengan mudah sekali.. Tetapi, disebalik kegembiraan Malaysia ni, geng Garuda ni pulak x berpuas ati dengan kekalahan mereka.. Pelik kan?? Bila kalah depa mula la marah.. Yelakan, mereka pandang rendah kat Malaysia, sebab depa berjaya tumpaskan Malaysia 5-1 pada pertembungan sebelumnya.. Tapi, mereka perlulah terima kenyataan yang mereka dah kalah ngan Malaysia.. hahaha (sonok sebentar..)..
Tengok la ni!! Apa ke jadahnya sume ni?? Xkan la sampai xpuas ati, mereka sanggup buat macam nie?? Hadoiyai! Kalo letak gambar sotong tu dkat belah bendera depa xpa lagi, Masalahnya sekarang Mereka ubah gambar Bendera Negara kita!! Ya Allah, sakitnya ati tengok! Tambahan lak, depa tukar gmbar muka coach skuad negara kita! B*D*H sungguhla sapa yang buat ni.. Xdak akai la too! Aku blur gambar tu sbb aku hormat coach negara kita too.. Awat la orang zaman sekarang bengong2 sume?? Dah kalah tu buat cara kalah laa..hadoi!

Ada banyak lagi gambar yang mereka edit.. Hmm, camne la kalo malam ni depa kalah teruk lagi? Apa akan depa buat pulak?? Huh! Peling sungguh.. Kita rakyat Malaysia, marilah sama2 kita mendoakan keselematan skuad bola sepak negara kita agar selamat main dan pulang ke tanah air yang tercinta dengan selamat.. Insya-ALLAH.. Moga2, xdak benda yang x diingini berlaku pada malam ni.. Amin!

So, akhir kata, hanya disebabkan bola, Perpecahan berlaku diantara Hamba ALLAH.. Moga2, Allah memberi pertunjuk kepada mereka yang berbuat sedemikian rupa.. Amin!..
k.. Sekian.. Assalamualaikum

P/S: Moga2 Malaysia dapat kalahkan Indon dengan teruk malam ni! Huh (geram nie..)
Tuesday, December 28, 2010
Assalamualaikum sume.. Aku kembali dengan tajuk "Belajar Memandu".. Memandu pa yang aku maksudkan ni?? Haha, Memandu kereta laa.. Umo aku dah cukup utk amik lesen memandu kereta laa (17 Tahun la).. Huhu.. Sebenarnya, aku dah lama dah belajar memandu, bak kata laen Lesen Agong laa..haha.. Tapi, yang ni btol2 confirm bole bawa atas jalan jaa.. kalu yang Lesen agong tu bole bawa dalam taman jer laa..
Okey.. Inilah tempat aku amik lesen memandu ni.. "Ilmu Baru Sdn. Bhd.".. Ini cawangan utama dan terbesar di Alor Setar.. Aku xpakai agent, pakai manual punya.. haha.. Kalo sesapa nak amik lesen, aku sarankan korang pakaila agent nah.. Penat laa.. Nak kena ulang alik mai sini.. huhu.. Harga lesen memandu ni kalo x silap bawah RM700 jaa.. Kalo x silap, aku dengar dekat terengganu, nak buat lesen keta ni dekat RM1200, btol ka? Huh! Gle ah.. 2 kali ganda gak laa.. So, orang ganu tunggu apa lagi, datang buat kat kedah laa..haha.. dok sebulan jer kat kedah, confirm dapat.. Jimat pon jimat, tapi korang kena korban la sket noh.. huhu.. Gambar ni aku snap waktu aku jalani Latihan 8 jam..hehe.. Busan gla, last skali snap pix jaa..haha
Inilah kereta Latihan.. Huhu.. Kereta kancil manual 650cc.. Huhu.. Best gak la bawak.. Tengok la, Jam gila jalan.. Mana x jam, waktu ni dok tunggu giliran nak buat latihan kat bukit, haha.. Paham2 la orang bawu belajar bawa keta camne kan?..haha.. So, aku apa ag, dengan panasnya, aku bukak radio keta kuat2, aku nyanyi..haha.. Org len tekejot laa...kuang2.. Seriously bosan laa
Itu kawasan Parking.. Mesti korang yang xpaham kan mende la aku cakap parking la, bukit laa..haha.. Mai nak gtaw.. Untuk test memandu kereta ni, ada 4 peringkat:
  1. Memandu kereta atas jalan raya yang penuh dengan kereta.. Korang kena jadi pemandu berhemah gila waktu ni.. kalau kat tempat aku ni, ada 3 jalan.. Nnti bila test, cuma satu jalan jer yang dipilih..huhu
  2. Mendaki Bukit.. Bukit apa yang aku maksudkan ni?? Bukit yang tinggi tu ka? Hahaha.. Xdak aih.. Jalan berbukit laa.. X tinggi mana pon.. huhu..
  3. Masuk Parking.. Masuk parking ni la paling memenatkan gila, sebab test ni perlukan kekuatan tangan yang kuat..huhu.. Penat lor..
  4. 3 Penjuru.. Haha.. Aku pon xtaw nak gtaw camne.. Camni la, Contohnya kita memandu keta ke jalan mati... Kita nak reverse kereta tu camne? So, guna kaedah ni laa.. 3 penjuru..
Last sekali, sebelum korang nak test ni, pastikan korang makan dlu taw! Nnti xdak tenaga nak pusing stearing..haha.. Lepas ni, kita minta setiap kereta test tu ditukar kepada "Power Stearing" laa.. Bawu ringan skit nak memandu..haha

So, kepada yang da cukup umur, pegi la amik lesen yer..
"Pandu berhemah, ingatlah orang tersayang"
k.. Assalamualaikum

P/S: Tukar kereta test tu kepada Power Stearing! Idea yang bernas ni! Haha
Monday, December 27, 2010
Assalamualaikum.. 26 Disember 2010 adalah tarikh bersejarah bagi negara malaysia kerana telah berjaya memenangi Final pertama dengan Indonesia dengan jaringan sebanyak 3 gol.. Tahniah buat skuad bola sepak Malaysia..

Tamat sudah separuh masa pertama Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010Malaysia lwn Indonesia dengan seri tanpa jaringan gol. Malaysia lebih banyak menyerang diselangi serangan daripada Indonesia. Malaysia mengutip 3 kad kuning pada separuh masa pertama.





Tonton perlawanan di di TV1, CH813 Supersports atau LIVE ONLINE STREAMING.

Malaysia 3 – Indonesia 0

60:15 – Gol padang oleh Safee Sali selepas 5 minit perlawanan dihentikan akibat insiden laser hijau yang dikomplen penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina.
67:25 – Gol padang oleh Ashaari Shamsudin oleh Shahrul Idhan Talaha.
71:55 – Gol tandukan oleh Safee Sali menewaskan Markus.
80:25 – Amri Yahyah dimasukkan menggantikan Safee Sali. Safee Sali merupakan penjaring terbanyak kejohanan sebanyak 4 gol.
89:35 – Sabree Abu menggantikan Mahali Jasuli
90:00 – Indonesia memasukkan Bambang Pamungkas.

Keputusan Penuh Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010 – Malaysia (3) lwn (0) Indonesia.

Moga2, Skuad Bola sepak Malaysia akan meraih kemenangan bagi Final kedua di Indonesia esok.. Insya-ALLAH.. Kita sebagai rakyat Malaysia, sama2 la kita mendoakan kejayaan skuad negara kita dan kita doakan mereka selamat pulang ke tanah air dengan selamat.. Insya-ALLAH
K... Sekian.. Assalamualaikum

"MAJULAH BOLA SEPAK UNTUK MALAYSIA"

P/s: Malaysia menang 3-0 jgak dengan Indon esok! Hahaha
Assalamualaikum.. Korang suma dah tengok blom cita ni? "Gulliver's Travels".. kalo korang belum tengok, aku sarankan kepada korang pegilah tengok.. Dekat pawagam RM10 jer.. Pegilaa.. Seriously x rugi kot.. Kalo dok dalam pawagam tu, pastikan korang hayati cita tu la, jgn dok tidoq laa.. Kalu x, mmg rugi la korang bayar duit tu..haha..
There you are.. Sapa lelaki tue?? Haha.. Inilah watak utama.. Seriously, bila aq tgk movie ni, aq tekejot xkanla laki ni yang jadi watak utama, nampak selekeh gle kot! Dengan rambut x terurus, haha.. macam2 laa.. Tapi watak selekeh dia ni la yang membangunkan cerita nie.. Seriously lucu kot watak dia nie..haha.. Mai aku cita sedikit sinopsis cerita ni..huhu

Sinopsis:

Gullivers(lelaki dalam bambar kat atas tu) adalah seorang Mel Boy.. Personaliti dia ni mmg selekeh gle n nampak macam org bodoh.. Dia ni kuat berkhayal.. Dia ni impikan hidup yang sempurna, dia nak rumah yang besar.. Gulliver's ni berkenan dekat seorang perempuan yang bekerja sekali dalam pejabat dia, tapi bidang lain2.. Dengan kata lain, perempuan ni keja dekat High state la skit berbanding Gulliver's ni..

Tapi, dia xpenah kasi taw perasaan dia dekat perempuan tu.. Sehinggakan satu saat nnti, dia terkantoi!..haha.. Then, dia tipu perempuan ni yang dia pandai menulis dan mereka esei.. Dia kata dia penah melancong ke negara lain, sehinggakan perempuan ni teruja n percaya! Kemudian, keesokan arinya, ppuan tu mnx Gulliver's ni pegi travel dekat sebuah tempat.. Mereka sediakan sebuah bot yang dilengkapi dengan GPS..

Then, dia pon teruslah pegi dengan harapan dia dapat memenuhi hasrata awek dia tu..haha.. Then, bila dia dok tengah2 laut, ada ribut taufan yang sgt besar.. Gulliver's ni termasuk dalam tornado tu dan dia hanyut dalam air.. Sehinggakan dia terlontar ke sebuah negara manusia kecil.. Huhu.. aku xpasti apa nama city tu, terlupa laa..haha.. Kemudian, manusia2 kecil tu ingt dia ni orang jahat... Tapi dia berjaya bersihkan nama dia dengan menyelamatkan puteri bagi negara tu..huhu..

Waahh! Panjang gle aku cita.. Haha.. Nak taw lgi ka? Xpa, aku smbung skit lgi..Huhu.. Ada sebuah lagi negara yang xpuas ati dengan negara ni.. Mereka nak takluk negara ni.. Akhirnya, Gulliver's berjaya mendamaikan kedua-dua buah negara ini.. Lastly, Gulliver's telah dapat cinta sejatinya iaitu awek yang aku cita td..huhu!..Nak tahu cerita yang lengkap? Pegi tengok la dekat cinemas..huhu..


So, korang tunggu pa lgi? P la tengok!! X rugi kot!! Best lor cerita dia..huhu.. yang penting, kena hayati laa.. K, tu ja aq dapat cerita kat korang..haha..
k.. Assalamualaikum..

P/s: Dinasihatkan kepada korang yang nak pegi tengok, pastikan korang bawa spec/kanta pembesar naa..haha.. awat aq cakap camni? Haha... Pegi la tngok dlu..bawu taw!haha
Assalamualaikum.. Sebenarnya post ni aq nak posting kemarin, tapi kemarin bz sgt,huhu, so aq posting ari ni laa.. kira halal la noh..kuang2.. Okey3, tajuk post kali ni "26 Disember 2004".. Korang tahu x ni tarikh apa?? Mesti kita dah sedia maklum kan, tarikh ni adalah tarikh berlakunya bencana paling besar buat abad ini iaitu "Musibah Tsunami" di Aceh Indonesia.. Hampir ribuan manusia di Banda Aceh mati dengan serentak.. Subahanallah.. Inilah kuasa Allah S.W.T..
Inilah kuasa Allah S.W.T.. Tengoklah wahai sahabat sekalian, jangan dianggap ombak sebegitu tidak dapat menghancurkan bangunan2 konkrit.. Air mampu memusnahkan semua benda di muka bumi Allah ini dengan sekelip mata sahaja.. Sama2 la kita mengambil iktibar.. Allah menunjukkan ini secara terang-terangan kerana ingin menunjukkan kuasaNya yang maha besar itu.. Sama2 la kita mengambil iktibar..
Subahanallah.. Sahabat sekalian, tengoklah betapa hebatnya kuasaNya.. Ombak yang begitu besar telah memusnahkan semua rumah tetapi hanya tinggal sebuah masjid iaitulah Rumah Allah.. Besar sungguh kuasanya.. Dengan peristiwa ini, terbuktilah betapa hebatnya kuasa Allah, dan Allah mampu melenyapkan dunia ini dengan sekelip mata, tetapi Allah masih memberi kesempatan kepada kita untuk kembali ke jalanNya.. Subahanallah..

Akhir sekali, marilah sama2 kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh-roh mangsa Tsunami ini, agar roh-roh dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.. Insya-ALLAH

(Al-Fatihah)

sekian sahaja.. Assalamualaikum
Sunday, December 26, 2010
Assalamualaikum.. Hari ini memang aq berbangga gila jadi rakyat malaysia! Malaysia dah maju la! Haha.. Pasaipa aq kata camtu? Ni pasai "Kereta Keluaran Malaysia" laa.. Korang msti dah tengok kan? Kepada yang belum tengok, mai sini nak tnjuk gambar.. Bila korang tengok ni, msti korang bangga gila! Sebelum korang tgk, aq nak gtaw, ni hasil snap sniri taw! Aq p snap dkat Roadshow proton dekat pacific...hari Ahad, 19/12/2010.. Ini bukan cetak rompak punya taw! Kuang3..haha
Inilah keluaran baru proton iaitu "Proton Jebat".. Aku xpasti la ni sama dengan Inspira ke x, sbb aq tgk dekat sama jer, cuma tambah aksesori jaa.. Tp papepun, smart laa~!
Yezza! Ni lak proton "Evolusi-G" kot,.. Ntah la, aku pon xpastilaa.. Maybe dia kot.. Kereta ni iras-iras nak sama dengan kereta luar negeri laa.. By da way, smart jgak~!
Ahaks.. Kereta pa nie?? Haha.. Aku pon xtaw sebenarnya, dia x sertakan nama dia laa.. Tpi yang pasti, keluaran Proton laa.. Nampak x lambang proton tue..huhu.. Smart oo~!
Whoaa! Mengancam kan?? Kemas lor.. Bumper rendah, dengan mata yang garang tue.. Perggh, terbaik laa.. Kalo x silap kereta nie nama yer "Cobra" kot.. haha.. Juah lor~!
Ahaks.. Ini bukan kereta taw! Haha.. Kenai x?? Alaaa.. aku pon xkenai sebenarnya, kuang3.. Xdala, dia nie kan Maulana Af tue.. huhu.. Dia buat show waktu tengah panas..ksian gla kat dia.. Sabar la banyak2 noh.. Tp, org ramai kasi sambutan laa.. huhu.. Bagoih3.. Rakyat kedah mmg sporting laa... Terbaik la! Kuang3~! Okey, thats All, sebenarnya ada banyak ag kereta, tp aq xsmpat nak snap, sebab dok kejar masa aritu..huhu..Sorie3..
K, Assalamualaikum...

P/S: Moga2, Malaysia akan maju ke hadapan dan menjadi sebuah negara maju~!



Assalamualaikum.. Akhirnya, blog aku sudah mencapai 100 Followers..Haha, sekian lama aq berblogging dari 2008, tanggal 26/12/2010 blog ni telah mencapai 100 followers.. Haha, Thanks kepada semua followers yang follow my blog.. I will appreciate u allz.. Semoga korang sume berjaya dalam blogging yer.. Insya-ALLAH..

Thanks u allz.. Iera_asz93 adalah followers yang ke-100!! Thanks..
thats all, Assalamualaikum

P/s: Jgan follow jer, aktif la sama yer..hehe


Assalamualaikum.. Akhirnya, selepas mencari ilham untuk menghasilkan blog mengikut citarasa, aku dah berjaya menghasilkannya! Ini adalah layout yang terakhir la kot..huhu.. Kali ni aku memilih jenis 2-column sebab aq nak hasilkan blog yang ringan.. Hope lepas ni ada banyak pengunjung la noh.. Kuang3

So, hope lpas ni, blog ni akan dikunjungi ramai la noh.. Satu nasihat buat para blogger, kalo korang nak hasilkan blog yang ringan, xdak loading2, korang jgn letak banyak sgt widget, biar ala kadar sahaja.. huhu.. So, selamat berblogging! Selepas ni, aku akan kerap posting.. huhu, Nantikanla.. Kuang3..Assalamualaikum

P/s: Lepas ni kunjung2 la selalu nah..hoho
Saturday, December 18, 2010
Assalamualaikum..
In this entry, nak ucapkan thank you very much noh Mahani, sbb kasi award nie.. Huhu.. Nice Award.. Keep it up.. Semoga menjadi seorang Blogger yang berjaya.. Insya-Allah
There u are.. Nice award laa.. Nnti bila da masa, man buat award pulak yer..huhu.. Thanks skali lagii yer mahani

P/S: Ni blog dia http://lurve-h0ney.blogspot.com/

Sekian.. Assalamualaikum
Assalamualaikum.. Sorie sbb lama x posting. HUhu.. "Blog Bertukar Rupa Lagi??".. Haha, itulah tajuk entry kali nie.. Sebab aq tukar Rupa blog nie sbbnya nak buat perbezaan sket.. Satu lagi, aq cuba buat blog yang paling Ringan.. Haha, paham x?? Maksud aq, aq xmo buat blog aq nie berat laa, bila org pageview jer, kena loading.. Argh, tu yang xmo tu! Tu la sbb utama, nape blog korang sume x ramai yang masuk..

Ni la Rupa Paras blog lama aq..haha.. Dulu blog aq nie berat gleee.. Nak masuk jer, kena loading dkat seminit gak.. Sbb utama blog berat ialah, "Terlalu Banyak Widget".. Jgnla korang letak widget banyak sgt, biar ala kadar jer laa.. Widget yang besar2, digalakkan supaya xyah boh laa.. Nanti jam blog korang taw.. Be smart la yer..huhu

Ni blog baru aq.. Amacam?? Nampak simple jer kan?? Kalo bole, korang buatla blog yang paling ringkas laa.. Kalo bole jgak, pilih Layout blog yang cuma ada 2 coloum jer.. Kurangkan widget k.. huhu.. Kemudian, xyah la letak lagu, lagu tu besar taw.. Kalo nak letak gak, p cari lagu yang dah coding dah.. Xpayah la korang dok buat coding sniri, buat berat jaa.. Okey??

Petua nak kasi Ringan Blog:
  • Jangan letak banyak sgt widget
  • Jangan letak Image atau Widget yang besar
  • Jangan letak Lagu yang panjang2..
  • Letak "Read More", tapi pastikan, Link "Read More" tu bila kita tekan, dia terus buka dalam page tu jgak :p
  • Kurangkan letak Link Flash/ Link bergerak.. Ia akan m'mbuatkan blog kita slow laa..
  • Jangan buat Header blog yang besar2 sgt, buat yang kecik2 jer..
  • X perlu buat "Shoutbox" yang besar2.. Biar Shoutbox tersembunyi jer..

Itulah serba sedikit tentang Petua nak kasi ringan blog.. Nak taw kelajuan Blog korang?? Boleh test dkat laman nie
Laman Website: Speed Test

Okey.. Selamat Mencuba Blogger sekalian.. huhu..k Assalamualaikum

Thursday, December 9, 2010

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.. Dalam entry ni nak cite sket tentang "KEDAH vs Terengganu".. Bawu2 ni aq ada betengkar ngan sorang budak ganu.. Dia dok cita tentang ganu jer, kata ganu bagoih la, ganu ada banyak tempat menarik la.. Argghh.. Macam3.. Mai sini cek Mahani ooi, dengar pasal KEDAH pulok nah!!

Kedah is the best state in malaysia laa.. Macam2 ada kat kedah taw.. Mai tengok yang first..

SAWAH PADI

There u are.. Gambar apa kat atas tue??. haha, ni la "Sawah Padi"!! Bukan senang nak jumpa taw.. cuma bole jmpe kat negeri belah utara jer.. Tp yang paling terbesar dekat negeri kedah laa.. Itulah sebab kedah dinamakan "JELAPANG PADI"... Penuh dengan sawah padi ja.. Kedah juga pengeluar beras yang paling terbesar diantara negeri2 lain.. Haha.. Kalo kat ganu, susah nak jmpe aih.. Pantai banyak laa...mwahaha.. Best taw bila dok sebelah sawah padi, aman jer asa!

GUNUNG JERAI

Tudiaa!! Gunung jerai!! For ur Information cik Hani ooi.. Ni gunung Terbesar kat kedah taw.. Di atas puncang gunug nie, ada tempat peranginan, air terjun, ada kem utk perkhemahan.. Dengan kata lain, perfect untuk percutian laa.. Best lor!! Aq penah g dah, atas puncak tu, lebih sejuk berbanding dengan cameran highland lgi taw!! Best3
Itula Gunug jerai!! Amacam? Besar x?? Gambar ni diambil dekat Pantai Merdeka, x jauh dari gunung jerai nie!! Gunung jerai ni adalah peninggalan sejarah taw! Dlu, gunung ni adalah tempat dimana penduduk kedah duduk utk lihat kapal2 musuh yang datang menyerang!! Ni la tempat mereka berlindung.. Ada dalam sejarah Form 3.. Dah lupa dah..mwahaha

MASJID NEGERI

Ni la masjid Negeri kedah iaitu "Masjid Zahir".. Aritu budak ganu tu dok gah ngan masjid kristal depa laa.. Alaaa, x kisah laa.. Kat kedah pon apa kurang hebatnya, masjid bukan tempat pameran laa,.. Masjid ialah Rumah Allah, tempat Hamba-hambaNya beribadat kepadaNya laa.. Hadoi.. Macam2 la orang skrg nie.. Masjid ni berdekatan dengan Pekan Rabu jer...huhu
Dan ini pulak, "Masjid Al-Bukhary".. Masjid ni masjid terbesar di negeri kedah!! Masjid ni under Yayasan Al-Bukhary.. Alhamdulillah, masjid ni mampu menampung umat islam yang banyak utk beribadat kepada Allah s.w.t.. Masjid ni berdekatan dengan Giant Alor Setar..huhu.. Intihanya, masjid bukannya tempat pameran laa!! Masjid tempat Beribadat laa..

Muzium Negeri & Muzium Padi

Ganu ada muzium terbesar kan? Kedah ada gak.. Siap ada 2 lgi oo...haha.. Muzium Negeri Kedah dan Muzium Padi lor... huhu
Ini adalah "Muzium Negeri Kedah".. Muzium yang paling antik laa..haha.. Dalam muzium nie, adala cerita tentang macam mana kedah muncul, cita pasal sejarah kedah, pemimpin bagi negeri kedah, tawanan bagi orang asing terhadap kedah.. Best3 laa.. Kalo ada lawatan ke negeri kedah, muzium negeri la yang akan jadi tempat pertama laa...huhu
Yezza!! Apa nie?? Macam UFO ja?? Hahaha.. Ni lah "Muzium Padi".. Huhu.. Muzium ni terletak dekat pendalaman sket, yang dikelilingi oleh Sawah padi lor.. huhu.. Apa yang ada dalam muzium ni?? Nak tahu ke?? dalam muzium nie ada tentang jenis2 padi, camne padi diproses, alatan padi zaman dahulu dan bahagian atas sekali muzium tu, ada ruangan yang menunjukkan permandangan indah tentang sawah padi dan kehidupan masyarakat negeri kedah!! Nak tahu lagi? Datang lah kedah.. Sure korang sume xkan nyesal laa..haha

Pusat Sains Negara

Ahaks..Ini yang Terbaru laa.. Pusat Sains Negara cawangan negeri Kedah yang baru dibuka taun lepas taw!! Pusat sains ni bedekatan dengan muzium padi jaa... Eh, bdekatan mende lak, sebelah ja..haha.. Pusat sains ni sejibik mcam Pusat Sains Negara kat Kuala Lumpur jer.. Dalam ada apa?? Huhu... Sume berkaitan Sains laa...haha, nama pun Pusat Sains laa... Kepada yang belum penah masuk ke pusat sains ni, anda disyorkan datang!! Nnti nyesal laa.. Terutama kepada MAHANI tuu..hahahaha

Menara Alor Setar

Yeepppee!! Aq berbangga gila jadi rakyat kedah!! haha.. tengok la, menara yang begitu tinggi ni ada dekat Alor setar, Kedah laa.. Cuma, KL ngan kedah jer ada menara gini.. Ganu mana ada pong...mwahahaha.. Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter.. Kos unttuk buat menara ni berjumlah RM40 juta.. Whoaa!! Banyak too...haha.. Ganu ada ke?? Xdak kot..mwahaha... Kat menara ni bole tengok permandangan Bandar Raya Alor setar yang begitu pesat membangun yang dikelilingi dengan kehijauan sawah padi...huhu..bEsh3

PULAU LANGKAWI!!

Hahaha.. panjang citanya nie.. Mai aq Ringkasnya erk.. Seperti mana yang kita sedia maklum, Pulau Langkawi adalah Pulau yang tercantik di Malaysia.. Am I right?..huhu.. So, stiap taun pulau langkawi nie menerima kunjungan daripada ramai pelancong dalam negara dan juga banyak pelancong luar negara.. Gambar di atas tue namanya "Datarang Lang".. Nape nama dia Lang?...haha, apa yg korang nampak kat stu.. Burung helang kan?? yezzaa! Pulau ni banyak gle burung helang taw...huhu..korang bole jmpe Dataran ni bila korang tiba di Jeti utama dekat Pulau Langkawi tuu.. Besa taw!! huhu..
Ini adalah "Cable Car"..haha, bagi sume pelancong, depa akan wajib datang ke sini taw!! Bukan senang nak jmpe nie.. Dekat TERENGGANU mana ada camnie..mwahaha.. Bayaran nak naik x mahal pon.. Murah jer lor.. Biarlah mahal pon, sekali sekala jer.. Sure korang xkan nyesal bila naik lor...huhu.. Besh3!! Utk taw dengan lebih lanjut, jomlah berkunjung ke Pulau Langkawi, Kedah sekarang jugak..,huhu
Ahakss.. Amacam?? Cantek x??.. Haha..msti tergoda kan MAHANI??.. kat ganu ada gini? Xdak kan??..mwahaha..Tengokla airnye yang jernih kebiruan tue.. huhu..Chaletnye yang serba indah tue.. Hadoi!! Tergodanya..koh3.. Sini ada jugak pakej menyelam.. Selam tengok hidupan bawah laut..huhu..besh3
Ahaks.. Amende nie?? Reti baca x?? haha.. ni lah "Under Water World".. Huhu..ada apa dekat tempat nie? Lor, nama pon dunia bawah air, so mstila tempat hidupan bawah laut.. hehe, dekat KL pon ada jgak camnie, tp dekat GANU ada ke?? Haha, mana ada laa...kuang3.. Best kat sni, bole tengok hidupan akuatik yang berbagai2... yang kita x penah jmpe pon ada taw!! Try la bekunjung ke sini noh..huhuu
Ada banyak lagi tentang tempat2 yang menarik kat kedah nie, tp xlarat nak tulis la MAHANI ooi.. Banyak sgt2, kalo pasal ganu tu sket ja...haha.. Xpa3, nnti da masa den cita lgi noh.. Peace!! So, conclusionnya, Kedah lagi best dari Ganu laa!! Besh3..
Hahaha.. "I LOVE KEDAH".. Ingat tu MAHANI!! mwahaha.. Ganu xleh lawan KEDAH la..mwahaha.. So, sebarang comment jgn marah noh..haha.. K, sekian sahaja utk entry kali nie, penat dah menulis..haha..
k, Assalamualaikum


[783A3F51BD89BB429D3153C6ECF86355.png]







Wednesday, December 8, 2010

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.. Yoooo suma! haha.. Dalam entry ni nak story about "SPM dah abis ke??" Hahaha... Mai nak jawab noh.. Sebenarnya x abis ag skrg nie.. Ada lgi 2 subject.. Seperti yg aq gtaw kat entry bawah tuu..huhu.. Tp hampir nak habis dah.. Aq pon dah mencapai "Pasca-Merdeka!" dah pon...haha.. SPM dah abis, best x? Ahaks.. Mstila best!! Bayangkan 2 taon dok btungkus lumus dok study, akhirnya bebas jgak... haha.. sebenarnya, setaun jer belajar, waktu form 4 bukannya belajar sgt...haha, dok main jaa.. Naik form 5 bawu nak gelabah cover syllables form 4.. haha, besa la tu.. Adat belajar la katakan.. koh99.. Bayangkan la, 10 subject nak kena cover alik.. perghh, gle kot! huhu.. Tp, Alhamdulillah, naik form 5 nie, aq jadi lebih Matured lor.. Xmaen dah macam budak2, xdak masa nak maen, xdak masa for everything la, just fikir nak study ja!! Huhu..
Lepas SPM nak buat apa erk??..Haha.. Satu soalan yang baik tuu.. koh99.. Aq pon xtaw lgi..haha.. By da way, dlu kan seblum exam, aq mmg dah rancang dgn rapi gle aktiviti aq lpas SPM, tp bila dah abis exam nie, plan sume jadi blank jer... Haha, xtwu nape..koh99.. Tp plan aq ni maybe akan bjalan gak kot.. Aq rancang lpas spm nie aq nak uat pniagaan sket kot internet, then nak g keja kat kedai ja kot... Peniagaan apa?? Haha, mana bleh gtaw ag.. nnti la.. huhu.. Tunggu dan lihat la yer.. koh3..

Walaupon skrg aq tgah cuti 10 ari smentara tnggu Exam lgi, aq dok busan gle dok umah..haha.. xkoar umah langsung.. Nnti ingat nak g koar jalan2 ngan kengkwan.. G konvoi mana2 ker.. Huhu.. Best3.. Taun dpan, ada sorang budak nie, dia suh aq ajar dia math.. Arap2, dalam mengajar nie, bleh la jgak aq penuhkan masa lapang aq tu.. insya-Allah..huhu

k.. Sekian utk entry kali nie.. Assalamualaikum

[783A3F51BD89BB429D3153C6ECF86355.png]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.. Apa khabar sume pmbaca blog ni? Moga2 korang dalam keadaan sihat yer.. Insya-Allah.. Sekian lama aq menyepi daripada berBlogging nie, terasa kekok lak nak tulis blog nie.. Hoho.. Yerlaa, sblum ni dok tmpu SPM exam.. Sibuk study jer..xdak masa nak posting entry baru..huhu.. Sorie noh.. Skrg x abis lgi pon SPM, tinggal 2 subject jer ag.. Electrical & Electronic Engineering Studies dan Engineering Drawing.. Tapi aq cuti 10 ari.. Paper tu 16 & 20/12 nnti.. huhu.. lmbat ag lor..
Xpala.. Entry nie aq nak ucapkan "Salam Ma'al Hijrah".. "Selamat Tahun Baru Islam".. Huhu.. Cepatnya masa berlalu kan.. Asanya kejap jer tp bla sedar x sedar, dah setaun berlalu.. Taun lpas bawu jer asa jadi Form 4, tupp2, dah abis dah SPM...adoiyai..

Apa azam taun baru korang??..HUhu..moga3 azam korang tu akan jadi kenyataan yer.. Azam aq ialah "Aq nak dapat result yang cemerlang dalam SPM nie!!.. Aq nak jadi orang yang berguna di masa hadapan!! Aq nak jadi Anak yang soleh & Hamba Allah yang menurut perintahnya dgn TAAT!! Insya-Allah.. Moga2 azam aq ni akan jadi kenyataan.. Insya-Allah.. Apa pon azam kita, pastikan ianya kearah yang baik.. Jgn la pulak kita dok azam mcm nie.."Aq berazam taon nie aq nak jadi mat rempit yang sejati".. X guna azam camnie laa.. Toksah dok buang tebiat la ooii.. INGAT!! Setiap kata2 tu DOA taw!! Doa yang xbek kita mintak, mmg Allah x berkenan.. So, jgnla sesekali mnx doa yang kearah keburukan.. Moga2 Allah membuka pintu hati kita sume yer.. Insya-Allah.. huhu

k.. Sekian utk entry kali nie.. Insya-Allah, lpas nie ada lgi entry yang menarik..huu
Assalamualaikum

[783A3F51BD89BB429D3153C6ECF86355.png]

Followers

  • hit counters
  • Favourite Link

    MY BANNER

    *Copy n Paste*
    AREMANLIFE BLOG