Tuesday, December 23, 2008
Assalamualaikum..jom tengok photo man dan keluarga..




Ini ibu bapa man yang tersayang!!






Are_MAN dan akak man








Are_MAN bersama keluarga




Are_MAN bersama keluarga






Are_MAN








Are_MAN
karutan @re M@n


Pada 5.12.2008 iaitu hari jumaat areman dan keluarga adekan family day di sebuah pulau yang memang cantek bebenor di Pulau Aman,Penang. Pulau ni terletak lebih kurang 2KM dari jambatan Pulau Pinang!! Nak g sane kena naek bot, agak dalam 7 minit nak g sane. Kat pulau ni boleh kate keperluan asas memang mencukupi malahkan ade sekolah lagi di sana. Pekerjaan yang menjadi pilihan utama penduduk di pulau ni mestilah Nelayan..areman berpeluang untuk melihat nelayan menangkap ikan..memang sonok betul!! Kalau korang nak tahu,dekat Pulau Aman ni ade tempat bersejarah tau..nama tempat tu Telaga Mas!! nak tahu kisahnye..areman cite ye..die kisah pasal seorang pemuda pegi ke tempat tu dan die terjumpa batu berwarna kuning yang disangkanye emas!! Die pun menggalilah tempat tu hampir satu meter lebihlah..kemudian die hebohkan perkara tu dekat penduduk kampung yang laen dan akhirnye perkara ni diketahui oleh Pihak British..masa tu british lah berkuasa di pulau pinang. British bile tahu mereka teruslah ke tempat berkenaan..maklumlah sebut pasal emas..sape yang x nak kan..mereka menggali lagi 2 meter dan mereka menghantar batu kuning tu ke kedai emas untuk dikaji dan didapati emas yang disangkakan hanaya batu yang seiras seperti emas!! Jadi sebab tu lah dinamakan tempat tu Telaga Mas..ini cite yang saye paham lah..kalau nak tahu lebih lanjut..g lah ke sana!!..areman ade letak gamabr di sana..tengok lah ye..memang sonok g sane..






Gambar Telaga Mas




Gambar Telaga Mas




Ini kenyataan yang menceritakan tentang 'Sejarah Telaga Mas'






Gambar laut di Pulau Aman






Gambar pada waktu petang di Pulau Aman






Gambar laut yang sesuai dijadikan tempan bermandi-manda
Monday, December 22, 2008


'Ibadah Korban' wajib dilakukan oleh orang islam bile tiba masanye iaitu Hari Raya Haji dan Hari Tasyriq!! Baru2 ni keluarga man ade wat ibadah korban. Memang ni lah first time areman tengok libadah korban dilakukan betul2 depan mata man. Memang mengerikan. Korang pernah dengarkan kisah nabi Ibrahim a.s dan anaknye nabi Ismail a.s. Allah memerintahkan nabi ibrahim menyembelih anaknye sendiri!! Klau bagi seorang bapa,memang x sanggup untuk malakukan perkara itu tetapi nabi ibrahim reda dan laksanakan perintah Allah S.W.T dan Allah telah menukarkan anak nabi ibrahim tu dgn beberapa korban yg laen. Jadi klaulah kite ditempat nabi ibrahim, adekah kite sanggup menyerahkan anak kite yang selama ni kite menjaga sehingga besar panjang??..mesti x sanggup kan..itulah kesabaran yang diberikan kepada nabi Ibrahim dari Allah S.WT. Korang pernah tgk korban x?? Klau korang nak tahu,darah yang pertama keluar dari tubuh haiwan tu dapat menghapuskan dosa kite dengan Allah S.W.T. Jadi inilah pengalaman yang x dapat dilupakan dalam hidup areman!! Areman x kan lepaskan lagi peluang ni pada tahun akan datang. Korang sume pun rebutlah peluang ni ye...Sekian saje dari areman..



karutan @re M@n


Khamis,18.12.2008, Areman telah pegi bercuti ke suatu tempat yang memang kaya dengan kehijauan flora iaitu 'Hutan Lipur Bukit Hijau'..areman pegi bersama keluarga untuk bercuti. Memang di sana banyak tumbuhan hijau yang membanjiri kawasan bukit!! Chalet kami betul2 bersebelahan dengan air terjun. Di sana memang sesuai dijadikan tempat untuk berehat bersama keluarga kerana tempatnye yang memang strategik. Chaletnye memang tiade langsung barangan moden seperti tv mahupun aircond. Memang tempat ni jauh dari pemodenan!! Itulah yang kite cari selama ni. Motif areman ceritakan kepada korang sume ialah nak gtau yang masih ade alam flora yang masih belum diteroka. Kite kena kekalkan cara ini. Alam flora penting kpd bumi. klau xde flora ni, dah musnah bumi kite ni!! jom tgk gmbr di sana..ini real tau..hehe






Gambar di atas Tree Top Walk, Sungai Sedim, Kedah






Gambar sungai di Bukit Hijau






Gambar di air terjun Bukit Hijau





Gambar air terjun di Bukit Hijau






Tempat beristirehat di Bukit Hijau




Keindahan Air Terjun

karutan @re M@n


Perkataan asal JOMHEBOH.. Kalaulah perkataan JOMHEBOH tu ditukarkan ke JOMSOLAT,ade korang rase kite akan adekan karnival yg sebegitu besar??..xde punyelah..manusia zaman skrg ni cuma mementingkan hal dunia..mereka x pernah langsung memikirkan hal mereka dengan yang maha esa..Kalau lah kerajaan sekarang menghalang aktiviti sebegini, memang x kan jadi gini punyelah.. Memang boleh utk buat aktiviti ni..berjual beli..tp nape mesti ade konsert sume tu??.. Di sebabkan konsert tu org sanggup meninggalkan solat, sanggup melanggar perintah Alllah S.W.T..ade ape ngan konsert tu??..cuma tgk orng menyani dan menari aje d atas pentas!!.. ini ke umat islam??..yg jadi penyanyi sume org islam..hancurlah bangsa kite klau camni!! Dunia sekarang dijangka hampir Khiamat..tp masih ramai yg blum sedar akan peredaran masa..HURMM.. jadi marilah kite fikirkan bersama cara mengatasi sebelum terlambat!! Demi menyelamatkan org kite..kite kena cepat..sebelum masanye tibe..Baliklah ke pangkal jalan sebelum terlambat!!


Selamat Tahun Baru Areman Ucapkan kepada sume! Moga2 tahun depan lebih baek daripada tahun ini!!


karutan @re M@n



Di sini saya nak kongsi skit tentang trend remaja masa kini :)


nie yang trend Remaja yang terikut dengan BARAT



  • makanan dan selera

mereka ini gemar kepada makanan ala barat seperti kentucky friend chicken,french fries,king burger,hot dog dan bermacamlagi.Bangga dapat menjamu selera di pizza hut,A&W dan lain2 restoran fast food



  • fesyen pakaian

Pakaian dipilih ialah jenama yg terkenal,harganya mahal dan memilih fesyen yang up-to-date…takut digelar budak kampung…pakaian yg menjadi pilihan ialah jeans ketat ,mini,cardigan,bermuda,leotard dan pakaian koyak rabak dengan style anak2 muda barat .Rambut diwarnakan dan pakai contact lens.



  • Hiburan dan hobi

poster artis yg diminati ditampal didinding2 bilik .kaset 2 artis barat dimainkan melalui walkman dan stereo cassete.Video game ,skate board,basikak BMX dan motorsikal besar adalah antara hobi yang paling diminati.Hobinya memakan belanja besar,membuang masa malah adakalany menggadai nyawa.



  • sekolah dan pusat pengajian

kuat study untuk masuk universiti.Bangga kalau dapat panggilan budak “u”.Bila berjalan kepit fail untuk mendapat perhatian dialah western Educated.



  • Bahan bacaan

suka membaca buku2 cinta,buku barat dan novel romance.dari situlah nanti timbul jiwa yg sentimental dan romantis.



  • Kegiatan

suka menanggotai kelab2 ekslusif seperti kelab muzik,tari menari,kecantikkan,aerobic,@kelab2 sosial yang menghiburkan berbagai aktiviti yang menarik dan menghiburkan.kelab2 sukan yg disertai pula seperti tenis, snooker,squash ,renang ,snorkle,skuba driving dan lain2.


nie plak yang Islamik :D



  • makanan dan selera

Tidak memilih makanan dan tidak cerewet,asalkan makanan itu halal.Mereka sangat berhati2 agar tidak termakan makanan haram yang syubhat kerana boleh menggelapkan hati sertya menghalang diri daripada mengamalkan kebenaran.
Mereka makan dengan beradab,suka makan berjemaah @bersama sahabat,bahkan ada yg mengamalkan puasa sunat.



  • Pakaian

Di kalangan remaja wanita,memakai pakaian yg menutup aurat ,ada yg berjubah,memakai tudung labuh namun begitu mereka tetap aktif dlm pelbagai kegiatan masyarakat.
Dikalangan remaja lelaki pula pakaian dikenakan dengan kemas bkn bertujuan untuk menonjol diri,tetapi ingin mencontohi orang baik2.



  • Bahan bacaan

ketagih dengan tulisan pengarang2 islam yang terkenal seperti imam al ghazali, hassan al banna,dan pengarang islam yg lain yg diakui ilmu serta tulisanya.selera membaca bahan bacaan islam semakin marak dengan terbitnya beberapa majalah islam.



  • Hiburan dan hobi

mencari hiburan secara islam yg sesuai dengan syariat .kaset2 nasyid ,bacan al-quran dan lagu2 dakwah semakin popular dan diminati.lirik lagu yang ada unsur mengingati ALLAH,selawat nabi2 nilai2 jihad dan kata2 tarbiah jadi mainan bibir.perlahan2 meresap kedalam jiwa hingga terbentuklah remaja islam sejati



  • Sekolah dan pusat pengajian

ramai yg nekad dan buat turning point, dalam hidup dengan memasuki sekolah2 agama .ilmu agama bukan sahaja berguna untuk akhirat malah ada nilai komersial.apa yg penting bagi mereka ialah dididik dengan akidah,syariah dan akhlak islamiah



  • Kegiatan

paling ramai memganggotai jemaah islamiah sering mengikuti usrah ,fardu ain qiamullail ,tamrin ,kursus dakwah, rihlah,berkhemah ibadah,dan lain aktiviti islamiah

Wednesday, December 17, 2008


Assalamualaikum. Selamat datang ke blog areman. "AREMAN LIFE". Tujuan areman meletakkan tajuk 'AREMAN LIFE' ialah areman ingin berkongsi dengan korang semua tentang kisah hidup areman yang menjalani liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran dan areman akan luahkan tentang isu semasa juga. Areman harap semua yang areman cuba sampaikan ini tak ade sangkut kait dengan korang!! Areman ingin sangat korang dapat menghayati ape yang areman cobe luahkan. Jadi sekian sahaja dari areman..

Followers

  • hit counters
  • Favourite Link

    MY BANNER

    *Copy n Paste*
    AREMANLIFE BLOG