Thursday, December 9, 2010

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.. Dalam entry ni nak cite sket tentang "KEDAH vs Terengganu".. Bawu2 ni aq ada betengkar ngan sorang budak ganu.. Dia dok cita tentang ganu jer, kata ganu bagoih la, ganu ada banyak tempat menarik la.. Argghh.. Macam3.. Mai sini cek Mahani ooi, dengar pasal KEDAH pulok nah!!

Kedah is the best state in malaysia laa.. Macam2 ada kat kedah taw.. Mai tengok yang first..

SAWAH PADI

There u are.. Gambar apa kat atas tue??. haha, ni la "Sawah Padi"!! Bukan senang nak jumpa taw.. cuma bole jmpe kat negeri belah utara jer.. Tp yang paling terbesar dekat negeri kedah laa.. Itulah sebab kedah dinamakan "JELAPANG PADI"... Penuh dengan sawah padi ja.. Kedah juga pengeluar beras yang paling terbesar diantara negeri2 lain.. Haha.. Kalo kat ganu, susah nak jmpe aih.. Pantai banyak laa...mwahaha.. Best taw bila dok sebelah sawah padi, aman jer asa!

GUNUNG JERAI

Tudiaa!! Gunung jerai!! For ur Information cik Hani ooi.. Ni gunung Terbesar kat kedah taw.. Di atas puncang gunug nie, ada tempat peranginan, air terjun, ada kem utk perkhemahan.. Dengan kata lain, perfect untuk percutian laa.. Best lor!! Aq penah g dah, atas puncak tu, lebih sejuk berbanding dengan cameran highland lgi taw!! Best3
Itula Gunug jerai!! Amacam? Besar x?? Gambar ni diambil dekat Pantai Merdeka, x jauh dari gunung jerai nie!! Gunung jerai ni adalah peninggalan sejarah taw! Dlu, gunung ni adalah tempat dimana penduduk kedah duduk utk lihat kapal2 musuh yang datang menyerang!! Ni la tempat mereka berlindung.. Ada dalam sejarah Form 3.. Dah lupa dah..mwahaha

MASJID NEGERI

Ni la masjid Negeri kedah iaitu "Masjid Zahir".. Aritu budak ganu tu dok gah ngan masjid kristal depa laa.. Alaaa, x kisah laa.. Kat kedah pon apa kurang hebatnya, masjid bukan tempat pameran laa,.. Masjid ialah Rumah Allah, tempat Hamba-hambaNya beribadat kepadaNya laa.. Hadoi.. Macam2 la orang skrg nie.. Masjid ni berdekatan dengan Pekan Rabu jer...huhu
Dan ini pulak, "Masjid Al-Bukhary".. Masjid ni masjid terbesar di negeri kedah!! Masjid ni under Yayasan Al-Bukhary.. Alhamdulillah, masjid ni mampu menampung umat islam yang banyak utk beribadat kepada Allah s.w.t.. Masjid ni berdekatan dengan Giant Alor Setar..huhu.. Intihanya, masjid bukannya tempat pameran laa!! Masjid tempat Beribadat laa..

Muzium Negeri & Muzium Padi

Ganu ada muzium terbesar kan? Kedah ada gak.. Siap ada 2 lgi oo...haha.. Muzium Negeri Kedah dan Muzium Padi lor... huhu
Ini adalah "Muzium Negeri Kedah".. Muzium yang paling antik laa..haha.. Dalam muzium nie, adala cerita tentang macam mana kedah muncul, cita pasal sejarah kedah, pemimpin bagi negeri kedah, tawanan bagi orang asing terhadap kedah.. Best3 laa.. Kalo ada lawatan ke negeri kedah, muzium negeri la yang akan jadi tempat pertama laa...huhu
Yezza!! Apa nie?? Macam UFO ja?? Hahaha.. Ni lah "Muzium Padi".. Huhu.. Muzium ni terletak dekat pendalaman sket, yang dikelilingi oleh Sawah padi lor.. huhu.. Apa yang ada dalam muzium ni?? Nak tahu ke?? dalam muzium nie ada tentang jenis2 padi, camne padi diproses, alatan padi zaman dahulu dan bahagian atas sekali muzium tu, ada ruangan yang menunjukkan permandangan indah tentang sawah padi dan kehidupan masyarakat negeri kedah!! Nak tahu lagi? Datang lah kedah.. Sure korang sume xkan nyesal laa..haha

Pusat Sains Negara

Ahaks..Ini yang Terbaru laa.. Pusat Sains Negara cawangan negeri Kedah yang baru dibuka taun lepas taw!! Pusat sains ni bedekatan dengan muzium padi jaa... Eh, bdekatan mende lak, sebelah ja..haha.. Pusat sains ni sejibik mcam Pusat Sains Negara kat Kuala Lumpur jer.. Dalam ada apa?? Huhu... Sume berkaitan Sains laa...haha, nama pun Pusat Sains laa... Kepada yang belum penah masuk ke pusat sains ni, anda disyorkan datang!! Nnti nyesal laa.. Terutama kepada MAHANI tuu..hahahaha

Menara Alor Setar

Yeepppee!! Aq berbangga gila jadi rakyat kedah!! haha.. tengok la, menara yang begitu tinggi ni ada dekat Alor setar, Kedah laa.. Cuma, KL ngan kedah jer ada menara gini.. Ganu mana ada pong...mwahahaha.. Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter.. Kos unttuk buat menara ni berjumlah RM40 juta.. Whoaa!! Banyak too...haha.. Ganu ada ke?? Xdak kot..mwahaha... Kat menara ni bole tengok permandangan Bandar Raya Alor setar yang begitu pesat membangun yang dikelilingi dengan kehijauan sawah padi...huhu..bEsh3

PULAU LANGKAWI!!

Hahaha.. panjang citanya nie.. Mai aq Ringkasnya erk.. Seperti mana yang kita sedia maklum, Pulau Langkawi adalah Pulau yang tercantik di Malaysia.. Am I right?..huhu.. So, stiap taun pulau langkawi nie menerima kunjungan daripada ramai pelancong dalam negara dan juga banyak pelancong luar negara.. Gambar di atas tue namanya "Datarang Lang".. Nape nama dia Lang?...haha, apa yg korang nampak kat stu.. Burung helang kan?? yezzaa! Pulau ni banyak gle burung helang taw...huhu..korang bole jmpe Dataran ni bila korang tiba di Jeti utama dekat Pulau Langkawi tuu.. Besa taw!! huhu..
Ini adalah "Cable Car"..haha, bagi sume pelancong, depa akan wajib datang ke sini taw!! Bukan senang nak jmpe nie.. Dekat TERENGGANU mana ada camnie..mwahaha.. Bayaran nak naik x mahal pon.. Murah jer lor.. Biarlah mahal pon, sekali sekala jer.. Sure korang xkan nyesal bila naik lor...huhu.. Besh3!! Utk taw dengan lebih lanjut, jomlah berkunjung ke Pulau Langkawi, Kedah sekarang jugak..,huhu
Ahakss.. Amacam?? Cantek x??.. Haha..msti tergoda kan MAHANI??.. kat ganu ada gini? Xdak kan??..mwahaha..Tengokla airnye yang jernih kebiruan tue.. huhu..Chaletnye yang serba indah tue.. Hadoi!! Tergodanya..koh3.. Sini ada jugak pakej menyelam.. Selam tengok hidupan bawah laut..huhu..besh3
Ahaks.. Amende nie?? Reti baca x?? haha.. ni lah "Under Water World".. Huhu..ada apa dekat tempat nie? Lor, nama pon dunia bawah air, so mstila tempat hidupan bawah laut.. hehe, dekat KL pon ada jgak camnie, tp dekat GANU ada ke?? Haha, mana ada laa...kuang3.. Best kat sni, bole tengok hidupan akuatik yang berbagai2... yang kita x penah jmpe pon ada taw!! Try la bekunjung ke sini noh..huhuu
Ada banyak lagi tentang tempat2 yang menarik kat kedah nie, tp xlarat nak tulis la MAHANI ooi.. Banyak sgt2, kalo pasal ganu tu sket ja...haha.. Xpa3, nnti da masa den cita lgi noh.. Peace!! So, conclusionnya, Kedah lagi best dari Ganu laa!! Besh3..
Hahaha.. "I LOVE KEDAH".. Ingat tu MAHANI!! mwahaha.. Ganu xleh lawan KEDAH la..mwahaha.. So, sebarang comment jgn marah noh..haha.. K, sekian sahaja utk entry kali nie, penat dah menulis..haha..
k, Assalamualaikum


[783A3F51BD89BB429D3153C6ECF86355.png]







3 Komen!!:

mAy h0ney said...

wuekss..
hani x heran ah..
yg kat ganu tu hani x p0st sume taw..
stakat air yg kebiru2an tu kat sini ad jgk kat Tasik Kenyir nu..
hahahaha...

AREMAN said...

haha...
tol ke xpost sume??
ntah2, dah abis idea...mwahaha

tasik kenyir dah xelok taw!!
ada bacteria..x tgk berita ke??
mwahahaha

Anonymous said...

kot na pn ... kedah best , trgganu best ............

Followers

  • hit counters
  • Favourite Link

    MY BANNER

    *Copy n Paste*
    AREMANLIFE BLOG