Saturday, September 4, 2010
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.. Seperti yang kita sedia tahu, x lama lagi Bulan suci ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak akan pergi meninggalkan kita.. Sedehnya rasa.. Apa korang sume dapat merasa nikmat Ramadhan kali ni? Orang yang dapat merasa nikmat ni, mmg akan berasa sedeh, sayu bila bulan suci ini nak tinggalkannya.. Siapa tahu kan, kita xkan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan... Hanya Allah S.W.T. yang tahu.. Jadi marilah kita sama2 menghayati bulan suci, bulan mulia ni sblum terlambat...
Ya Allah.. Sayunya hati bila Ramadhan nak tinggalkan kita.. Kita x sedar, yg selama ni Bulan suci ni memberi kita satu hikmah dan nikmat yang tersembunyi.. Ramadhan mengajar kita untuk menjaga Nafsu. Nafsu makan, nafsu mengumpat dan lain2.. Kalau kita posa, cuma dapat Lapar, Dahaga dan Letih.. Posa kita tu xda maknanya.. Posa yang diterima Allah ialah, puasa yang ikhlas, tidak merungut apabil disuruh berlapar.. Memperbanyakkan Ibadah kepada Allah, seperti solat Tarawih, Qiamulail, Bertadarus Al-Quran, Memberi Sedekah dan segala Perbuatan Kebaikan.. Ingat wahai sahabat, Bulan Ramadhan cuma datang sekali dalam setahun..
Malam LailatulQadar
Malam lailatulqadar ialah sama dengan 1000 bulan.. Hanya sehari sahaja tetapi betapa besarnya nikmat malam tu.. Bukan semua orang dapat merasa nikmat malam ni, hanya orang tertentu sahaja.. Tetapi, Allah akan memberikan kepada semua orang jikalau seseorang tu mahu mendapatkannya.. Malam ni boleh didapati pada malam Ramadhan yang ganjil iatu 21, 23, 25,27 dan 29.. Marilah sama2 kita mencari..
Solat Tarawih
Solat Tarawih apabila syawal semakin hampir, Umat islam semakin lupa dan malas hendak menunaikannya.. Inilah Nafsu manusia.. Sebab itulah boleh dikatakan bukan semua manusia yang akan mendapat Malam LailatulQadar tu.. Inilah sebabnya.. Manusia sibuk dengan hal2 di dunia.. Membeli belah, melepak, dan membuang masa dengan aktiviti yang x berfaedah.. Subahanallah.. Ingatlah wahai manusia sekalian, pada 10 malam terakhir ni lah Allah akan memakbulkan segala doa yang diminta oleh hambanya yang bertekad mahukannya.. Surau dan Masjid kian hari, kian Penuh.. Penuh dengan apa? Penuh dengan saf-saf yang kosong.. Mana pergi Manusia? Tuuu.. Dok kat Bandar, dok beli n belah.. Huh.. Kesianku melihat Imam dan Bilal Tarawih, mereka x bersemangat bila tgk makmum x ramai..
Mercun!!!!
Inilah yang pling ku benci skali... Booooom!! Banggggggg!! Adoi, menyakitkan ati la Ya Allah... Apa faedah bermain mercun ni? Utk meriahkan perayaan ke? Mmg la meriah.. Tp tahu ke effect yang akan datang nnti?.. Orang dok beraya, kite beraya kat Hospital.. Hadoi2.. Yang menyakitkan ati lagi, bila solat taraweh laa.. Boomm! Bangg!! Dengar mercun.. Kesian kat Imam, tergagap bacaannyer bila dgr bunyi mercun!! Kalo maen mercun bawang xpela.. Ni dok maen meriam buluh, mercun Bola.. Hadoi...sakitnya dgr.. Udah2 la maen tu.. Xda faedah jer la.. Wok perhabis duit jer laa...
Intihanya.. Marilah kita sama2 Umat Islam, sedarkan diri kita.. Hayatilah Ramadhan yang kian menghilang ni dengan sebaiknya.. Dan Moga2 kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahu hadapannya.. Insya-Allah.. Marilah kita sama2 tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah dan moga2 Allah membuka pintu hati kita.. Insya-Allah...
Sekian.. Assalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen!!: