بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Soalan: Korang rasa apa sebab stadium itu runtuh?
Jawapan: Sbb bumbung stadium tu dibina dengan tidak rapi.. atau mungkin terengganu ni diturunkan bala dari Allah.. Hanya Allah yang tahu..
Jom kita tgk apa orang sana kata:
.............................................................KENYATAAN......................................................................
Menurut saksi Hanafiah Osman, 27, kira-kira jam 9.30, beliau mendengar bunyi ‘krak’ dibahagian belakang stadium tersebut dan terus bergegas meluru ke bahagian itu kerana kereta beliau diletakkan di bawah bumbung.
Malangnya, runtuhan yang berlaku terlalu cepat menyebabkan beliau hanya terpaku dan melihat kereta ‘kancil’nya dihempap oleh kepingan atap dan keluli yang
“Dalam pukul 9.30 begitu, mula-mula dengar bunyi ‘krak’ (prak) macam patah gitu, (kemudian saya) tengok tu, (atap) terus jatuh, tak sempat buat apa-apa, saya agak dah, kereta saya akan kena, kerana kereta saya duduk bawah ni,”kata Hanafiah sambil menunjukkan tempat keretanya ranap.
“tengok (pagi tadi) nampak macam lendut dah, kemudian baru saya bercakap sesama kawan-kawan, tiba-tiba atap itu runtuh,” tambahnya.
Seorang lagi saksi, Razali Ibrahim, 37, berkata beliau hanya dapat melihat sahaja, motosikalnya ditimpa atap yang runtuh kerana menurutnya kejadian berlaku terlalu cepat, antara seminit hingga dua minit.
“Saya tengoklah kejadian (atap) jatuh tu, dia bermula dari depan tu,”katanya menunjukkan bahagian tengah belakang stadium dimana beliau mendakwa kejadian mula berlaku.
“Dia bunyi (kejadian) sekejap saja….. prak…..prak….. terus jatuh selalu (serta merta),
“saya sedang baiki lampu (stadium) disebelah sana, tak sempat (selamatkan motosikal), tengok ajalah,”ujar Razali.
Stadium yang dianggap ‘tercanggih’ di Pantai Timur itu dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dengan upacara gilang gemilang menandakan ‘impian menjadi’ kenyataan sebagaimana yang dibangga-banggakan oleh bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.
Sumber : http://buletinonline.net & http://isuhangat.blogspot.com
.........................................................................................................................................................................
Ermm.. Sedehnye dgr rintihan2 mangsa2 yang ditimpa!! Jom kita sama2 saksikan pulak, gambar2 stadium yang diambil oleh penduduk berdekatan.. Jom
Ni gambar dari pandangan bawah:
Ok.. Sekarang gambar Stadium Sultan Mizan dari pandangan atas:
So itu sahaja gambo yang saya dapat snap dari laman2 yang menyiarkan gambar2 stadium ini.
So itu sahaja... Papepun mari kita doakan agar musibah yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya.. insya-Allah.. K la sekian untuk entry kali ini.. Sekian.. salam
Blog Archive
-
▼
2009
(133)
-
▼
June
(30)
- SlideShow..
- Kedah Bloggers Community
- Jom Join Nuffnang
- Blog Akakku
- Rubik Game
- Blog Abgku
- Kelas Bimbingan Asrama
- Perasmian Sekolah Kluster
- Exam? Very Bad
- Lagu Tema
- Award Lagi..
- Result Exam!! Takut..
- Gambar Video
- Umahku, Syurgaku
- Rombongan Merisik
- Selamat Hari Bapa
- Edit Gambar
- Mp3 Buatan Sendiri
- Benda yang penting utk On9..
- Makan Kenduri dan Shopping..
- Aku Rindukan Flora..
- YM xleh bkak..
- Tic Tac Scare
- Pencapaian Blog..
- Hafazan Al-Quran
- Wap Portal..
- Stadium Sultan Mizan Runtuh??
- Kuar bandar ngan Kuarga
- Award Pertama!!
- Tutorial Best!!
-
▼
June
(30)
0 Komen!!: