Thursday, April 30, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. Salam Perpaduan buat sume pengunjung blog saya!! Baru2 ni kolah saye menjadi tuan rumah dalam satu kejohanan iaitu Kejohanan Antara Teknik(KAT). Sembilan Buah Sekolah Menengah Teknik bagi Zon Kedah-Perlis.. Terdapat beberapa pertandingan dianjurkan. Setiap sekolah teknik perlu menghantar wakil bagi setiap kateogari pertandingan itu.

  1. S.M. Teknik Alor Setar
  2. S.M. Teknik Jalan Stadium
  3. S.M. Teknik Kulim
  4. S.M Teknik Sungai Petani 1
  5. S.M Teknik Sungai Petani 2
  6. S.M Teknik Pendang
  7. S.M Teknik Kangar
  8. S.M Teknik Arau
  9. S.M Teknik Langkawi
Antara Pertandingan yang di anjurkan:

  • Rugby
  • Bola Jaring(perempuan)
  • Bola Sepak
  • Softball
  • Debate Bahasa Inggeris
  • Sepak Takraw
Sekolah saya cuma mendapat johan bagi satu kateogari sahaja iaitu Debate Bahasa Inggeris dan sekolah saya akan pergi ke peringkat kebangsaan!!

RUGBY


Pasukan Rugby Sekolah Saya

Skill yang digunakan... Touch Down... hehe

Geng Rugby ni x serik2 maen, setiap kali balik dari perlawanan, mesti ada yang patah kaki, tangan atau cedera laen!! Bagi mereka minat didahului walaupun badan hancur.. Kakaka.. Itu bagus, tapi jangan la lebih2 sangat...hehe..

DEBATE




Kateogari yang dimenangi oleh sekolah saya... Debate!! Maap ye xde gambo real, saye x g amik gambar, hehe.. Sekolah saye bersaing rapat dengan S.M Teknik Langkawi...



Vs


Bagi Keseluruhannya, sekolah saya mendapat Tempat Kedua( Naib Johan) dari 9 sekolah Teknik Zon Kedah-Perlis..

K la setakat ini dulu..

"SUKAN UNTUK NEGARA"

Sekian...



Sumber Gambar dari: http://utp-astech.blogspot.com (UTP SMTAS)





Sunday, April 26, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum Cikgu SAIFUDDEENN!! Saya tulis Post ini khas untuk buat Cikgu ku Tercinta!!.......

Kepada Cikgu Den..

Terima kasih cikgu kerana sudi mengajar saya dan kawan2 saya, Ilmu yg cikgu berikan kepada kami amat kami hargai dan jasa baek cikgu hanya ALLAH yang mampu membalas!! Cikgu, pelajaran Lukisan Kejuteraan adalah pelajaran yang baru buat kami sume, mungkin cikgu ada tension ngan kami kan, saya wakil sume kawan2 saya, saya mintak maap cikgu, cikgu mengajar kami dengan penuh sabar!! Saya mula2 masuk ke sekolah Teknik Alor Setar dulu, memang saya takut sangat nak belajar pelajaran baru ni, terutama LK ni la, sebab ia melibatkan melukis, saye ni x minat melukis, hehe, so, memang saya dulu dah putus asa sangat tapi setiap kali cikgu masuk ke kelas, cikgu selalu bagi nasihat dan kata2 semangat kepada kami, dari situlah semangat saya datang kembali!! Saya terus berusaha dan akhirnya, usaha saya membuahkan hasil, Alhamdulillah, saya dapat A1, Saye btul2 nak ucapkan terima kasih banyak2 kat cikgu, klau xde cikgu, x tahu la macam mana saya nak belajar!! Sume student ASTECH mesti rindu sangat kat cikgu nnti, klau cikgu ade masa atau ditakdirkan cikgu datang ke Kedah lagi, datang2 la jenguk kami di ASTECH ni ye, memang kami menantikan kedatangan cikgu lagi!! Sekali lagi,saye mewakili student ASTECH, ucapkan ribuan Terima Kasih... (fanx) "Tanpa Guru, siapalah Gelaran seorang Pelajar"

Cikgu Den ni ialah guru Praktikal di Sekolah saya, beliau menjalani tugasannya die sekolah saya selama 3 bulan setengah!! Selepas tamat latihannya die sekolah saya, die akan kembali melanjutkan pelajarannye die Universiti nya kembali iaitu, Universiti Tun Hussain Onn di Johor! Beliau mengambil jurusan guru dalam bidang Guru teknikal iaitu mengajar Mata pelajaran Lukisan Kejuteraan!! Beliau datang bertugas die sekolah saya bersama rakan-rakannye seramai 5 orang!! Cikgu Den la yang paling saya rapat sebab die mengajar kelas saya...hehe!! Cikgu Den ni la yang paling Sporting sekali dan cikgu yang paling lawak sekali, xde beliau, x berseri la sekolah ASTECH... Ermm.. kalau la masa dapat di putarkan balik, saye nak menghabiskan masa saye bersama Cikgu Den dan hargai sesaat bersama beliau!! Papepun cikgu Den, selamat bertugas walaupun dimana cikgu berada!! Jangan lupa kami ye... Geng ASTECH!! K la cikgu, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saye sediakan Sekerat pantun buat cikgu.. Terimalah....

Kalau ada sumur diladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur Yang panjang,
Dapatlah kita berjumpa lagi... Cikgu Den!!

"Moga2 Allah memberi Rezeki yang melimpah ruah kepada cikgu"

Sekian dari saya..@elyasswhutt

"Cikgu SAIFUDDEENN!!"

Selamat Tinggal Cikgu Den, doakan kami berjaya SPM 2010 nnti ye.. (1rose)

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR
AKAN MENJADI
SEKOLAH TEKNIK NO.1
MENJELANG TAHUN 2010

AMIN!!!

Blog cikgu Den :httP://cikgusipil.blogspot.com




Wednesday, April 22, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. Pernah x kita sume merenung dan ambil tahu tentang sifat-sifat ALLAH? Sifat-sifat ALLAH semakin dilupakan!! Banyak manusia zaman sekarang terbatal iman mereka iaitu keluar dari islam, sebab apa? sebab mereka tiada iman yang kuat, mereka tidak percaya dengan kewujudan ALLAH!! Kalau la kita renung dan paham makna sifat-sifat ALLAH, sesungguhnya, tidak akan ada manusia yang terpesong!! Marilah kita sama2 merenung, menghayati dan memahami makna2 sifat-sifat ALLAH..... Moga2 kita akan mendapat Hidayah dan Petunjuk dari ALLAH S.W.T. . Marilah kita mengubah sikap kita ini.. Sekian..

Sifat Wajib

Tulisan Arab

Makud

Wujud

ﻭﺟﻮﺩ

Ada

Qidam

ﻗﺪﻡ

Sedia

Baqa

ﺑﻘﺎﺀ

Kekal

Mukhalafatuhu lilhawadith

ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ

Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu

Qiamuhu binafsih

ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ

Berdiri-Nya dengan sendiri

Wahdaniat

ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ

Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan pada perbuatan

Qudrat

ﻗﺪﺭﺓ

Berkuasa

Iradat

ﺇﺭﺍﺩﺓ

Berkehendak menentukan

Ilmu

ﻋﻠﻢ

Mengetahui

Hayat

ﺣﻴﺎﺓ

Hidup

Sama'

ﺳﻤﻊ

Mendengar

Basar

ﺑﺼﺮ

Melihat

Kalam

ﻛﻼ ﻡ

Berkata-kata

Kaunuhu qaadiran

ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ

Keadaan-Nya yang berkuasa

Kaunuhu muriidan

ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ

Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan

Kaunuhu 'aliman

ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ

Keadaan-Nya yang mengetahui

Kaunuhu hayyan

ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ

Keadaan-Nya yang hidup

Kaunuhu sami'an

ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ

Keadaan-Nya yang mendengar

Kaunuhu basiiran

ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ

Keadaan-Nya yang melihat

Saturday, April 18, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum.. Ermm.. Hanya Kenangan yang tinggal!! Kepada Kawanku.. Moga2 hubungan kita sebagai kawan akan tetap terjalin.. Tetapi mungkin tidak seakrab dulu.. Takdir yang menentukan semuanya!! Semoga engkau dapat meneruskan hidup seperti sedia kala!! Alangkah indahnya masa dapat di putar balik!! Ermm..

Dari Wap Portal.. udah dekat 5 wap portal kita jelajah bersama... Menjalani semuanya bersama..hehe.. yeke?..Xdelah sampai gitu.. Tapi sumenye jadi kenangan aje.. Moga2 kita akan kekal sebagai kawan lagi ye... KAWAN!! .. Sekian..
Thursday, April 9, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum.. Pe kabo sume? Moga2 sihat2 ye.. Saye nak cite skit tentang tempat yang kita sering kunjung iaitu surau atau masjid iaitulah Rumah ALLAH. Pernahkah kita selama ni sedar tempat yang paling selamat sekali iaitulah rumah Allah. Tetapi manusia zaman sekarang ni, memilih tempat sebaliknya contohnya consert2, club2 dan tempat yg x senonoh lah!! Saye nak cite skit, ari tu saye rasa tension sgt sebab takut exam penggal ni!! Takut target saye x dapat!! Pastu ari tu ustaz saye kata, dekatlah diri kamu dengan rumah Allah, insya-Allah, hati kamu akan tenang dan berdoa dan solat hajat dan memohon doa kita dengan sepenuh hati!! Dan bila saye berbuat sedemikian, mmg saye rasa sangat perbezaannya!! Dan exam saye, Alhamdulillah.. sumenye ok!! Marilah kita sama2 menuju ke rumah Allah, bukannye tempat yang x senonoh..

Sesungguhnya, Allah Swt benar-benar akan mengabulkan doa setiap hamba-Nya sebagaimana termaktub dalam AlQur’an Surat Al-Baqarah ayat 186: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahwasanya aku adalah dekat. aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Tengoklah wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian, Allah akan memakbulkan doa yang kita pinta, yang penting kita berdoa, jgn cuma mahu harap dimakbulkan tetapi tidak pernah berdoa dengan khusyuk!! Jadi, marilah kita sama2 menuju ke jalan yang benar..

“Bagaimana engkau mengiinginkan sesuatu yang luar biasa, padahal engkau sedniri tak mengubah dirimu? Dari kebiasaamu? Kita banyak meminta, banyak berharap kepada Allah Tapi sibuknya meminta, kadang kita tak sempat menilai diri sedniri. Padahal kalau kita meminta dan berakibat kita mengubah diri, maka Allah akan memebri apa yang kita minta. Karena sebetulnya doa itu adalah pengiring agar kita bisa mengubah diri kita. Jika kita tidak pernah mau mengubah diri kita menjadi lebih baik, maka tentu ada yang salah dengan permintaan kita.”..


Surau Sekolah Menengah Teknik Alor Setar

Lihatlah betapa cantiknya Rumah Allah.. Marilah kita sama2 menuju ke sana.. Moga2 kita diberi Hidayah oleh Allah..AMIN

Sekian..




Saturday, April 4, 2009
Assalamualaikum.. Kat post ni saye nak cite skit tentang Taktik Lama yang digunakan oleh abg2 form 5!! Hahaha, mereka nak kenakan fom 4!! Lawak2, tapi geng fom 4 ni dah agak dah!! Hahaha, ni taktik lama lah!! Hehe, sebenarnye, mereka nak lantik AJK SURAU & KEHORANIAN, tapi mereka buat kami sume cuak, tapi kami dah agak dah, tapi adelah sorang dua ni sampai nak nangis!! Hahaha, lawak2!! Camni kisahnye, mula2 mereka pilih melalui cara bacaan al-quraan, hafazan, dan dalam golongan yg baek la, saye terpilih..eh kejap!! Saye ni baek ke?...hahaha.. ntah lah, kakaka!! Tahap kelayakan, kena baca al-quran dgn lancar dan dgn tajwid yg btul dan kena hafal surah Sajdah!! Ade dalam 40 org terpilih salah sorangnye saye lah..hahaha.. OK, malam tu, mereka panggil 40 org calon ni, kononnye nak tgk kesabaran kami la tu..haha!! Kami dikumpulkan di dalam surau, then dalam pukul 9, mereka start sesi temuramah mereka!! Mereka tutup lampu surau tu n biar kami dok dalam gelap dan mereka kata kami ade buat kesalahan!! Kesalahan?.. ade ke?..haha..mmg ade, kolah ni mmg ketat peraturannye, so mmg setiap pelajar akan wat lebih dari 5 kesalahan!! Lepas ttup lampu, mereka suh sorang2 bangun dan kemukakan kesalahan yg pernah kami lakukan!! Mereka tu ialah, KPA(Ketua pengawas asrama),KPS(Ketua Pengawas Sekolah), Ketua AJK surau, PA,PS n AJK Surau!! Mereka kepung sorang2 n bertanya soalan sambil jerit!! Ade fom 4 yg hampir nak nangis tp x nangis pun, klau nngis malu la!! Hahaha, then bila selesai tu mereka kata mmg fom 5 x puas ati ngan fom 4, n mereka kata nak balas dendam kat kami yg 40 org ni!! Bila mereka kata ayat tu, mereka bukak lampu dan gtau ape tujuan utama mereka!! Hahaha, cume nak lantik AJK aje, haha, sampai nak wat gitu!!..Isk2, pelik2, then diorang mintak maap sbb sampai wat kami tension tp kami rilex aje!! Mereka ucap tahniah kat kami kerana lulus ujian Kesabaran n selepas ni ade satu lagi ujian iaitu ujian Keberanian!! Tahun lepas, abg2 senior ni diletak di sebuah bukit dan duduk pada waktu malam untuk test keberanian tp taun ni, mereka cadang nak buat kat dalam aje, mereka nak letak dalam blog sekolah dalam kelas sorang2, untuk testing!! Kami dah siap dah..hehe, papepun kami dah sedia!! Hahaha, so itu sahaja untuk post ni, nak siap alik asrama dah, hehe,..minggu depan saye cite ag ye.. Assalamualaikum..

Followers

  • hit counters
  • Favourite Link

    MY BANNER

    *Copy n Paste*
    AREMANLIFE BLOG