Monday, August 30, 2010

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Yahooo... Akhirnya, negara kita Malaysia telah mencapai 53 tahun kemerdekaan selepas dijajah oleh banyak negara kuasa asing.. Kita dijajah hampir dekat 500 tahun, tetapi akhirnya kita telah Merdeka daripada ancaman kuasa luar.. Kita seharuslah bersyukur kerana kita berada di sebuah negara yang aman dan damai ni.. Bersyukurlah
"Gagasan 1 Malaysia Menjana Transformasi"

Inilah slogan/tema bagi kemerdekaan tahun ini.. Melalui tema ni, ramai perubahan secara mendadak dilakukan ke negara kita Contohnya, perpaduan dapat dipupuk diantara pelbagai kaum. Bertemakan tema ini, negara kita telah mencapai sebuah negara yang aman dan damai dari segi permusuhan dan sebagainya. Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah berjaya membebaskan negara ini daripada penjajahan ancaman kuasa asing.

Bukan senang nak merdeka, kalau kita lihat, banyak negara lain belum mencapai kemerdekaan yang sepenuhnya. Contohnya, Palestin dan negara-negara islam. Negara mereka setiap hari, setiap jam,setiap minit dan saat, asyik kedengaran bunyi letupan bom di merata tempat.. Jika dibandingkan negara kita, sememangnya jauh bezanya.. Sedarlah wahai warga malaysia sekalian, marilah kita bangun dengan meningkatkan kejayaan negara kita Malaysia yang tercinta.. Negara kita akan menjadi sebuah negara yang maju dan paling aman pada satu hari nanti.. Insya-Allah..

Marilah kita sama2 sematkan cinta akan tanah air yang kita banggakan ni.. Janganlah kita persiakan masa depan kita sejurus itu akan menyebabkan kita mencemarkan maruah negara kita.. JANGANLAH!!
Intihanya,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53

"Gagasan 1 Malaysia Menjana Transformasi"

Sekian..Assalamualaikum
[783A3F51BD89BB429D3153C6ECF86355.png]

0 Komen!!:

Followers

  • hit counters
  • Favourite Link

    MY BANNER

    *Copy n Paste*
    AREMANLIFE BLOG