Monday, August 31, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum!! Uwargghh, cuti sekolah dah abis la!! X sonok laaa, nak cuti ag!! Hehe, nak wat camne ag, dah xleh watpe!! Terima ajer la, "Back To School"!! Alaaa, xpuas la cuti, nak berpose kat umah lagi!! Ni kena pose kat asrama dah, dah xleh bangun lewat2 dah!! Xbest2!! Haha, tp sonok gak nak balik, leh jmpe kawan2!! Yo Bro!! Wassup!! Haha, ada setengah sekolah di kedah, ganu, kelantan dan negeri sepertinya dah buka sekolah ari ahad ari tu, tp kolah sy x lagi!! Nape eh? Sbbnya kolah sy tu, kebanyakkannya yg dok asrama tu, sume yg dok jauh2, macam Selangor, JB, dan ngeri yg jauh2 ag!! Tu la sebab musababnya!! Hoho

Tu Die!! Punyer besar yer tulis "Back To School"!! Semangat ni...hahah

Opss!! Sorie nak wish!! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan bagi Negara Malaysia yang ke-52!! Hoho, Berbangga la menjadi Warganegara

Photobucket
Oh yeah!! Tgk la Bendera Negara kita, Berkibar dengan penuh megahnya!! Bangganya!!

Satu ag, selamat Menjalani Ibadah Puasa!! Harungi bulan ini dengan penuh barakah, jgn sia2kan bulan mulia ini!! Banyakkan Amal Ibadah yer!!


Iyer!! Selamat Berpuasa Wahai Sahabat2 sekalian dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Ok, Sekian sahaja utk entry kali ini, sy mintak diri nak balik hostel dulu yer, nnti time balik, sy posting ag yer!! ok, Assalamualaikum


Wednesday, August 26, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum kepada sume yang sudi membaca entry ini!! Untuk entry ni saya nak bertulis panjang sedikit!! Ok tajuk entry kali ini ialah "Harian Di Bulan Ramadhan"!! Apa aktiviti harian korang di bulan ramadhan? Mgkin korang x sedar apa yg korang buat kan dalam 1 bulan pose!! Mai sini nak citer!!.. Jap2, cpt sgguh kita pose tahun ni kan, udah 5 hari kita berpose kan!! X sabo lak nak raya...kokoko..dah2, lambat ag nak raya!! Key, jom sambung cita!!

Makan sahur!!

Haha.. Ni yg first!! Kita start berpuasa dengan Makan Sahur la!! Hah?.. Ni la yg ramai org liat skit nak bangun!! Dah la waktu pagi, sejuk pastu nak kena makan!! owh no!!.. Tu la pendapat segelintir org!! Tapi bagi ku, mmg agak susah gak la... Tapi, ok per bangun makan jer pun.. Bukan suh wat keje berat pun!! Lagipun, makan sahur ni sunnah tau!! Ni la gelagat org nak makan sahur, first, proses nak bangun tu amik masa gak!! Mak kejut, contoh yer..

"Man!! Oh man!! Bangun la!! Bangun makan sahur!!" Kata mak
"Ermm... Yer, bangun ni!!" Jawab Man
(Selepas 5 minit)
"Man!! Man!! Man!! (Nada makin kuat) Bangun la!! Waktu nak abis dah ni!!" Kata Mak
"Iyer2!!(Terkejut dengan nada yg tinggi) Bangun dah ni!!"Jawab Man
(man bangun terus duduk di meja makan)
"Ya Allah!! Man, g basuh muka dulu!! Isk anak bertuah ni!!" Kata Mak
"Hah? Iyer2!! (Terkejut dengan suara mak tu)

Haha.. Tu la situasi waktu makan sahur!! Mmg susah gila nak makan!! Ada yg setengah org tu xmakan terus!! Kakaka, lagi bagus!! Huhu... Cara yg berkesan nak makan sahur ialah, lepas bangun tu, pegi mandi dulu atau yg paling lemah pun, pegi lah bersugi, biar bersih skit!! Ni baru bangun terus makan.. Geli rasanya!!..Hehe

Nak cara berkesan kejut sahur? Amik ni...kakakak'


Haha.. CObala dirumah yer!! Mana nak tahu berkesan...kakaka..xde ah..gurau jer!!

Bazar Ramadhan

Ini yang kedua!! Ini utk ayah2 kita la selalunya kan.. Ayah ni kadang2 berat skit nak pegi, sbb yer tahu klau pegi ni msti banyak nak kena keluar duit!! Sebelum pegi pun dah tahu nak kena keluar banyak!! Nak tahu naper? Sbb org dirumah ni dah pesan macam2..kakaka.. Tu yg makin berat!! Tgk la muka si ayahnya, msti sedeh sgt!! Haha, xde ah.. Ok ni lah org melayu kita, bila di bazar ramdhan tu, nafsu yang kawal mereka!! Cuba tgk la, setiap kali balik dari bazar ramadhan tu, jari2 kita msti penuh dengan ikatan plastik2 makanan!! Kalau beli ayam tu, ada 4 atau 5 jenis ayam!! Haha, mmg la kita berpuasa seharian, tapi jgn la kita tertewas dengan nafsu, kerana nafsu lah macam2 leh jadi!! Masa dok kat bazar tu mmg x sdar waper dah kuar duit ni, tapi bila sampai umah, tekejut " Eh td aku bawak duit RM50, tapi napa tinggal RM10 jer ni?" Haha, ni la sering berlaku!! Tertewas dengan nafsu!! Inilah kelebihan Ramdhan, syaitan dibelenggu tetapi nafsu tidak!! Sumanya bergantung kepada Iman seseorang mukmin itu!!

Ni la Keadaan di Bazar Ramadhan!! WOW!! Sibuknya, hehe

Berbuka Puasa!!

Eyah.. Ni yang korang tggu kan..hehe, waktu berbuka suma org x sabo2!! Setengah jam lagi nak berbuka dah ada depan meja makan!! Haha, atas meja makan tu dari hujung kiri meja sampai la Kanan meja padat dengan makanan!! Perggh, mmg la

Tengok tu!! Atas meja macam2 ada...

Ingat!! First nak berbuka tu, dahulakan dengan makan kurma dan disusuli dengan manisan atau kuih-muih!! Jgn maen bantai ajer... Perlahan2 la...hehe

Solat Tarawih!!

Ok ni yang last.. Solat tarawih ni ialah solat sunat yang disunatkan ditunaikan pada tiap2 malam pada bulan Ramadhan!! Ini gelagat org kita, first malam tu, Pergghh!! Full masjid!! Sampai ada sembahyang sampai atas jalan!! Itu bagus!! Tapi yang x bagusnya, bila ramadhan 15 keatas, semakin kurang la!! Dah jadi setengah sampai la malam terakhir, tinggal Tok Imam ngan Pak Bilal ja...kakaka.. Jgn sampai jadi camtu cukup la yer..kokoo...

Haha..Jgn jadi cam Upin & Ipin ni sudah la yer!! Sembahyang tapi ingat benda laen!!

Maen Mercun!!

Haha.. Ni yang budak2 zaman sekarang ni tergila-gilakan.. Bila musim perayaan adalah benda ni!
Tension la!! Nape tension? Sbb waktu sembahyang terawih, waktu imam dok baca surah adalah bunyi benda ni!! Pum...pam.. kat sana sini!! Sampai org tgh sembahyang tu dah x selesa!! Aduisshh, tp kan klau xde org maen mercun ni, maka x meriah lah musim perayaan, tp yg x bgusnya, adalah pulak kes maen mercun, masuk hospital!! Tu yg xmau dgr tu!!

Ni la!! Mercun!! Macam2 jenis mercun!! Dalam musim ni la, polis akan bergiat aktif menangkap pembekal bunga api ini!!


Haha!! Jgn jadi cam Pakcik ni sudah la yer!! Budak2 maen mercun sampai kain pelekat pakcik ni la jadi mangsanya!! Kakaka.. Sabo pakcik!! Ingat ni bulan pose!!

Key, itu sahaja utk entry ini!! Tu la harian kita di bulan posa ni!! Pikir2 kan dan selamat beramal..kakaka..key..Assalamualaikum

Tuesday, August 25, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum kepada sumer yg sudi membaca!! Tajuk entry ini "Good Luck For Trial SPM".. Saya just nak ucapkan Selamat menghadapi TRIAL SPM, jgn maen2 dah tau trial ni.. Trial penting oo.. Banggakan parents kita!! Saya tujukan kepada sumer form5 taun ni dan yg lebih khusus form5 ASTECH!! Jgn maen2 yer.. Do the best!! Proud the school name!! Don't ever make mistakes!!


Good Luck For The Exam!!

Kami Form4 ASTECH sentiasa mendoakan abg n akak form5!! Jgn kecewakan kami yer.. Make it proud!! Ingat Visi kolah kita yer.. insya-Allah

Kesempatan kat sini jgak, marilah sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Cikgu Abdul Kaza Mydin (Guru Cemerlang Kimia).. Moga2 roh beliau aman dan berad disisi orang yang beriman..Insya-Allah

Key..Sekian..Assalamualaikum

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. Dekat entry ni just nak ucapkan Terima Kasih kepada Followers yang sudi follow Blog AREMAN!! Blog saya sudah mencapai 80 followers!! Terima kasih yer dan selalu lah ikut perkembangan Blog ni yer..


Susah gak nak bagi followers ramai kan!! Hoho, tp atas berkat usaha kita, insya-Allah akan berhasil dengan jayanya!! Thanks sekali lagi kepada anda yg follow blog man ni. Support lah blog ni yer.. Ini ialah followers yang ke-80( http://ady.via.my).. Masuk lah blog ni yer, macam2 ada, tutorial Blog banyak disitu..

Key, sekian.. Assalamualaikum

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum kepada sume yang sudi membaca entry ini.. Maap yer sbb lama x posting, ada masalah skit nak login ke blogger ni!! Sorie yer.. Di post ni saya nak cita tentang "Rindukan Bersama Keluarga"!! Ermm, dulu, kami satu keluarga sering sgt berjalan keluar bersama2, g makan2, g shopping tapi sekarang, sumer dah xde lagi!! Sumer dah lanjut pelajaran di IPTA!! Yang tinggal di rumah sekarang aku sendiri, Umi, Abah n Adekku Hanim!! Taun ni mmg rasa sedeh sgt2, sbb ni la first time kami x sambut poser ramai2!! Sume dah besar2, n taun ni la first time saya berpuasa di Hostel!! Hoho.. Pengalaman beb!!


Hoho... My family!! Rindunya time ni!!


Oit..Mana kepala sorang budak tu?..hehe Ni time kat Maktab Perguruan Perlis

Hoho.. Ni time kat atas Tree Top Walk, Sungai Sedim, kedah!.. Best oo..


Ni kat Pulau Aman.. Kedua2 akakku.. Sape kat bawah tu ek?..hehe.. Time ni wat hari keluarga disana.. Tempatnya pergghh..Cantek beb!!


Oit Adek..Mu watper tu?..Isk, dia ni mmg gini.. Tengah org ramai tu..haha.. Ni waktu kat Padang Besar, Perlis!! G beli n belah disana..kakaka

Tu lah gambar mylovely Family waktu kami bersama!! Xleh lupakan waktu tu.. Sumer ada n kuar sama2...Tp sekarang, dah berubah,suma dok kalut belajar!! Ermm, sedehnya!! Tp, insya-Allah, moga2 time raya nnti, kami dapat berkumpul semula..Insya-Allah! Sayangilah keluarga anda, jgn biarkan mereka kesunyiaan tanpa anda!! Hehe, key, sekian utk entry ini..Assalamualaikum..

"Selamat Menjalankan Ibadah Puasa"

Saturday, August 22, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. Dekat entry ni nak Hebahkan Lagu Kebangsaan Negara Kita.. Mari ramai2 kita pasang lagu kebangsaan negara kita!! Berbanga la menjadi warganegara Malaysia!! Jom..

Mari sama2 kita terapkan "1 Malaysia".. Moga2 akan menjadi sebuah negara yang bersatu
Insya-Allah






Sederhana Itu Indah
(Masuk Blog Ni yer)


*Jom Copy & Paste Dalam Blog Kita*

Lirik Lagu : Sudirman - Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Hoho.. JOm layan Lagu Kebangsaan Negara Malaysia

Ok.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-52

Sekian.. Assalamualaikum



Thursday, August 20, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum.. AREMANLIFE BLOG Bertukar Wajah baru?? Hoho, sebenarnya dah lama saya nak tukar template blog ni, cuma masa yang x mengizinkan!! Klau x cuti pertengahan tahun ari tu lagi saya dah tukar template!! Template saya yang lama tu terlalu berat dah, so tukar jer yang bbaru!! Nak bertukar Mood Baru!!

Ni la template lamaku yang kini menjadi Kenangan dalam Hidupku.. (Jiwangnya)

YEAH!! Ni la wajag Baru Blog AREMANLIFE!! Cantek x? Mana cantek kan.. Saya x reti bab2 blog ni..hehe.. (Rendah diri).. Saya budak baru belajar!!

K la, harap2 dengan template baru ni, ramai yang akan masuk blog saya yer..insya-Allah..
Key, sekian.. Assalamualaikum





Saturday, August 15, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum kepada sume yang sudi membaca entry ini!! Dekat entry ni saya nak cerita tentang Abah saya yang sekarang ni baru saya tahu kehebatannya!! Abah saya ni seorang Penulis Novel!! Sekarang beliau bekerja sebagai Seorang Guru Bahasa Melayu/Sejarah dan seorang Pensyarah di UITM berdekatan sini. Sudah sekian lama, baru sekarang saya menyedari bahawa dalam bidang Penulisan ini membawa banyak faedah2 yang bermakna!! Jangan ingat menulis ini satu xde faedahnya!! Zaman sekarang ni, negara memerlukan banyak orang sastera, kerana ini zaman teknolgi, mesti banyak kegunaannya!! Dulu abahku ini seorang Penulis Novel yang leh kata terkenal jgak la..hoho, beliau telah menghasilkan berapa belas novel dan buku cerita tah.. Banyak gak lah.. Dan beliau banyak menghantar karya2 cerpennya ke pelbagai majalah2!! Nak tengok koleksi




Photobucket

Novel Operasi. Mengisahkan tentang Penjenayah. Tebal dalam 200 m/s

Photobucket

Rahsia Pulau Wau.. Kisahkan penjelajahan ke Pulau itu

Photobucket

Operasi Dinihari.. Kisah tentang Penjenayah

Photobucket

Jejak Penjenayah

Photobucket

Terjebak

Photobucket

Cangkul Ajaib

Photobucket

Si Buruk Yang Berbudi

Photobucket

Kisah Amin dan Aman

Photobucket

Musuh Menjadi Saudara

Photobucket

Formula Dari Angkasa

Semua ini adalah hak cipta terpelihara AZIZAN ABDUL KADIR

Itulah serba sedikit muka hadapan Novel2 karya abah saya.. AZIZAN ABDUL KADIR


Itulah utk entry skrg ni.. Sekarang beliau dalam proses mengemaskini novel2 tersebut!! Tunggu di pasaran...hoho.. K la sekian.. Assalamualaikum







Thursday, August 13, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum kepada sume yang sudi membaca entry ini..Ok kat entry ni saya nak gtau tentang Ustaz Asri iaitu salah seorang ahli kumpulan Rabbani. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada pagi td (13.08.2009) pada jam 10.30 pagi td!! Ya Allah, sedehnya!!



Ustaz Asri (Kumpulan Rabbani)




kemaskini 4.35pm Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

"Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.

Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Adik ipar allahyarham Adha Buyong dilaporkan berkata Asri menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham Haliza Shahzan, 38.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani.blogspot.com) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).



Marilah kita sama2 menghayati Lirik Lagu yang Dinyanyikan oleh Kumpulan Rabani ini:





Ermm, ada maksud tersirat didalam Lirik lagu itu wahai sahabat sekalian..

Marilah sahabat-sahabat sekalian, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham!!

Al-Fatihah!!!

Moga2 dengan berkat doa kita, allahyarham ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
AMIN!!

Sekian utk entry kali ini.. Assalamualaikum..

Followers

  • hit counters
  • Favourite Link

    MY BANNER

    *Copy n Paste*
    AREMANLIFE BLOG