Thursday, May 14, 2009
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. Dekat post ni saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya sendiri "UMI" dan ibu-ibu yang laen!! Semoga ibu2 sume akan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..

Untuk Umiku:
Man nak ucapkan terima kasih umi, kerana telah menjaga man sehingga sekarang ini!! Umi menjaga kami 5 beradek dengan penuh kasih sayang!! Umi lah inspirasi man!!

Uwarrr.. Sedehnye, erm.. Kepada korang2 sume, jagalah ibu kita, jgn sampai die berasa sedeh dan terkilan dengan perlakuan kita!! Sesungguhnya, Syurga berada di bawah tapak kaki ibu!! Jgnla kita pernah sesekali menderhaka kepada ibu kita.. Sayangilah ibu kita...

Jom sume hayati Sajak ini..

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Paham la secara mendalam.. Ada maksud tersurat disitu.. Jagalah ibu kita, sayangilah mereka.. Berikan mereka kasih sayang seperti mana mereka beri pada kita masa kita kecil dahulu..

Maap ye UMI, sebab lambat wish, maklumlah dok asrama ni bz skit..

"Man sayang Umi"

Di post oleh:

0 Komen!!:

Followers

  • hit counters
  • Favourite Link

    MY BANNER

    *Copy n Paste*
    AREMANLIFE BLOG