Thursday, May 28, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. Kat post ni saya nak cite skit tentang seorang manusia ni yang telah banyak membuat jasa baek dan sanggup bekorban untuk menolong orang!! Orang yang saya maksudkan ialah... Korang pasti kenal punye, mereka berdua ni famous gile.. Dr. Jamnul Azhar dan Dr. Sheikh Muzaffar Shukor!! Dr. Jamnul Azhar ni telah datang ke sekolah saya untuk memberi ceramah tentang pengalaman beliau di Gaza, Palestin!! Beliau dijemput khas untuk datang ke sekolah saya!! Nak tengok Dr. Jamnul Azhar x? Jom tgk...


Ni la die.. Doktor Jamnul Azhar Mulkan.. Beliau ialah Pakar bedah!!

Beliau datang ke sekolah saya untuk memberi ceramah tentang Sains Dan Solat dan disamping tu beliau menceritakan tentang pengalaman die di Gaza utk menyelamatkan Penduduk Gaza!!

Pengalaman di Semenanjung Gaza:
Beliau berkata waktu die sampai disana, die bersama2 pakar2 doktor dari setiap negara!! Malaysia telah menghantar 2 orang doktor iaitu nya, beliau sendiri dan Dr. Sheikh Muzaffar Shukor (Angkasawan Malaysia).. Dr. Sheikh Muzaffar ialah pakar tulang, so beliau juga turut serta menolong dalam operasi ni!! Pakar2 doktor dari seluruh negara lebih kurang dalam 6o orang lebih jugak la.. Pengalaman yang die cite kat kami, die kata waktu dalam bilik pembedahan, dan semasa pakar2 doktor ni melakukan pembedahan, gemparan bom masih didengar dan lebih menakutkan lagi, Dr Jamnul berkata letupan Bom yg terkena pada sebuah bangunan itu, jaraknye lebih kurang dalam 5oo Meter dari Hospital tersebut!! Waktu tu, memang dalam hati, hanya berserah kepada Allah dan inginkan mati dalam keadaan Syahid!! Tapi gemparan itu tidak menjejaskan langsung Hospital tersebut!! Tetapi yang menyedehkan, dari letupan bom tersebut, lebih ramai lagi yang cedera parah dan meninggal dunia!! Dr. Jamnul akhirnya berjaya menyelamatkan hampir ramai juga pesakit disana!! Kalau korang nak tau, cedera parah yang dimaksudkan disana bukannye cedera parah yang ringan, seperti patah tangan atau lain2, cedera parah yang dimaksudkan disini ialah kaki putus, otak terkeluar, mata terkeluar dan lain2 lagi!! Setakat putus kaki dan tangan tu, disana hanyalah cedera ringan!! Saya saksikan sendiri Dr. Jamnul melakukan Pembedahan terhadap pesakit yang terkeluar otaknye.. Mereka mengambil gambar di dalam bilik pembedahan tersebut!! Bukannye senang dapat peluang yang sebegitu besar ni.. Dapat saksikan secara real sume ni.. Sume ni xkan dan tidak pernah disiarkan didalam media massa atau media cetak!! Hanya privacy sahaja!!

Di sana Dr.Jamnul Azhar telah melihat sendiri cara pengkebumian orang mati syahid!! Orang yang mati syahid, beliau berkata, semasa dalam bilik surgery, terdapat pesakit yang telah mati syahid, dan pesakit itu mengalami pendarahan yang terlalu teruk!! Kalau korang nak tahu, darah orang yang mati syahid itu wangi sangat!! Seperti dalam bilik surgery tu, Dr. Jamnul hairan apabila terbau satu haruman seperti minyak wangi, beliau bertanya kepada doktor lain, "Bau apa yang wangi sangat ni?".. Doktor dari Gaza itu berkata.."ni la bau darah jenazah yang mati syahid!! Bau ni kami dah selalu bau".. Dr. Jamnul berasa teruja membau wangian dari darah tu..

Beliau telah pergi kesana pada bulan 12 tahun lepas.. Dan insya-ALLAH mereka akan pergi kesana lagi pada bulan 6 ini!! Tujuan pegi bulan 6 ini ialah untuk membawa anak2 yatim dari sana untuk dibawa pulang!! Korang tertanya nape mereka x bawak balik first pegi kan?.. Sebabnye, bagi seorang anak yatim untuk dibawa keluar dari negara tu, perlu membayar 5US Dolar dan bagi wang Malaysia, seorang harganya RM20 000!! Kawalan imegrisen dinegara tu dikawal rapi oleh tentera israel.. So, mereka xkan lepaskan begitu sahaja!!..

So korang sume, Marilah kita mendoakan agar misi kita yang kedua ini akan berjaya, dan kita sama2 doakan Allah memberi pertolongan kepada Penduduk di Gaza, Palestin.. So, korang nak tengok x gambo2 Dr.Jamnul Azhar dan Dr. Sheikh Muzaffar Shukor di Gaza, Palestin? Klau nak tgk.. Jom kite tgk sama2 dan hayati apa2 yang patut... Jom sama2

Gambo Dr Jamnul dan Dr Sheikh bersama anak2 yatim di Rumah Anak Yatim

Dr Jamnul bersama temannya .. Tengokla latar belakang tu!! Hayatinya...


Dr. Jamnul Azhar dan Dr. Sheikh Muzaffar Shukor berada di Hospital Darul Syifa

Bangunan di Belakang inilah yang telah di BOM!! Hampir runtuh..


Ni la letupan Bom yang berlaku semasa Doktor2 sedang melakukan pembedahan.. Jaraknya 500 meter dari Hospital Darul Syifa tu..

So sume.. Marilah kita amik iktibar dari sume ni, Kita perlu bersyukur kerana Malaysia tidak berlaku seperti itu.. Dan marilah kita menolong negara islam itu.. Dengan memBOIKOT jenama2 barangan yang disalurkan ke Israel.. Marilah sama2, moga2 dgn berkat kita bersama, Alllah akan menolong jugak.. insya-ALLAH

So.. Pengalaman saya mendengar Ceramah Dr. Jamnul Azhar amat bermakna buat saya..

so.. Sekian.. Terima kasih.. Maap ye post ni xde warna-warni... Tujuannye adalah sebab ini post yang serious dan perlu kita hayati dan amik iktibar...

Sumber gambar dari: http://pemudamasjid.com

Di Post oleh:

1 Komen!!:

AREMAN said...

Pengalaman yg x dapat dilupakan dalam hidupku...huhu

Followers

  • hit counters
  • Favourite Link

    MY BANNER

    *Copy n Paste*
    AREMANLIFE BLOG